KALAU di kampung, pisang muda ada dimerata-rata, tapi kalau di bandar ada juga di pasar tani dan pasar pagi. Pisang muda kalau dimasak lemak pasti membuka selera dan bagi yang belum pernah mencuba ia hidangan yang mudah disediakan. Bahan-bahan: 1 sikat pisang muda 6 biji cili padi 6 ulas bawang merah 2 inci kunyit hidup 1 genggam ikan bilis Garam, gula, lada dan asam secukup rasa 1 cawan santan pekat Caranya: Tumbuk halus cili padi, bawang merah dan kunyit hidup. Ikan bilis ditumbuk kasar. Masukkan pisang yang dipotong dengan bahan tubuk dalam periuk dan rebus bersama separuh santan dan air. Bila mendidih masukkan garam, gula, separuh asam keping. Kacau rata dan masukkan baki santan pekat sebagai pelengkap.