Roti Canai Durian Special Di Prince Hotel & Residence KL

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 1:00 AM

Roti canai durian special.

(Ubah saiz teks)

BERSEMPENA Ramadan ini, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur menawarkan Roti Canai Durian Special.

Bagi penggemar durian, ia sejenis hidangan yang wajib dicuba.

Junior Sous Chef Zulkefli Wahiludin berkata, durian D24 digunakan untuk menghasilkan sajian tersebut.

"Isi durian dicampur bersama-sama dengan sedikit garam untuk menghasilkan tekstur mousse sebelum diadun di dalam roti canai.

Selain hidangan bufet di Eccucino, hotel itu turut mencipta kelainan dengan membuka bazar Ramadan di luar lobi hotel.

Kambing panggang dinikmati bersama kuah kelapa.


"Kira-kira 200 jenis hidangan akan ditawarkan seperti ikan bakar, apam balik, lima jenis laksa dan kambing panggang dengan kuah kelapa," katanya.

Antara hidangan yang pasti ditunggu ramai adalah Smoked Salmon.

Menurut Zulkefli, salmon tersebut diimport dari Australia dan dijamin kesegarannya.

Promosi Jom Makan itu berharga RM108 untuk dewasa dan RM54 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah serta percuma untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah.

Hidangan tersebut mula dihidangkan bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 petang dari 30 Jun hingga 25 Julai ini.





Tags / Kata Kunci: Ramadan , roti canai durian

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan