suria

Mee Goreng Ringkas

Gambar Hiasan
MAKANAN sampingan ada kalanya membantu untuk menaikkan selera sesiapa yang berpuasa. 

Mungkin juga hidangan seperti bihun dan mee boleh menggantikan nasi walaupun ia sebenarnya makanan ruji tempatan.

Bagi yang berhasrat menggoreng mee untuk berbuka nanti, berikut disediakan resipi mudah dan cepat untuk dihidangkan.
 
Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning  - bilas dan saring
2 pokok sawi  - dicuci dan dipotong
Semangkuk taugeh
bebola ikan - dihiris
kek ikan - dihiris 
semangkuk kecil sotong/udang
2 sudu cili kisar

3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sm halia - dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan cili kisar,  bersama  bawang putih serta halia hingga wangi.
2. Masukkan bebola ikan, kek ikan dan sotong. Kacau selama beberapa minit. 
3. Masukkan sayur-sayuran dan sos tiram, kicap lemak manis  ke dalam kuali dan kacau beberapa minit sebelum masukkan mee. Perisakan dengan garam dan gula dan siap dihidangkan.

Ramadan, mee goreng

Artikel Lain