Kerabu Mangga & Epal Hijau - Jamu Selera | mStar

Kerabu Mangga & Epal Hijau

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 1:00 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

JIKA kebiasaannya kerabu mangga sentiasa menjadi hidangan pembuka selera, apa kata pada Ramadan kali ini, kita gaulkan bersama epal hijau yang telah disagat.

Kata orang, kerabu ini sesuai dimakan bersama dengan ikan bakar. Ia mampu menaikkan selera makan selepas penat seharian berpuasa.

Bahan-bahan:

- 200 gram buah mangga hijau dikupas dan disagat
- 100 gram buah epal hijau disagat
- 50 gram udang kering dikisar
- 50 gram kacang tanah bakar dikisar
- 1/2 kuntum bunga kantan dihiris halus
- 15 tangkai daum kesum dihiris halus
- 20 gram bawang merah dikupas dan dihiris halus
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar gula
- 2 biji cili burung dihiris nipis

Cara-cara:

- Gaulkan hirisan mangga, epal, bunga kantan, daun kesum, bawang merah dan cili burung. 
- Kemudian tuangkan sos ikan, jus limau nipis, gula yang telah dididihkan.
- Taburkan kacang tanah dan udang kering kemudian gaulkan sebelum dihidang.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , kerabu mangga
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan