Berbuka Puasa Dengan Nasi Ambeng Di Hotel Grand Season

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 1:00 AM

Nasi ambeng.

(Ubah saiz teks)

NASI ambeng, roti Rumali bersama dal dan beriani gam adalah antara hidangan istimewa yang boleh dinikmati di Seasons Cafe', Hotel Grand Season sepanjang Ramadan ini.

Dengan berkonsepkan “muhibah”, para pengunjung berpeluang menikmati lebih 130 hidangan setiap hari, termasuk masakan Melayu, India dan Jepun.

Turut disajikan ialah nasi kandar, rendang rusa, kambing golek, masala, tandoori, udang goreng mentega, Szechuan chargrilled tenderloin dan ketam goreng bersama pelbagai kuah.

Ramadan kali ini lebih istimewa kerana Ôkonsep geraiÕ diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pengunjung melihat cara-cara penyediaan makanan seperti di Gerai Melayu, Gerai Cina, Gerai India dan Gerai Jepun.

Barisan chef Hotel Grand Season.

Bagi penggemar sushi, jangan ketinggalan untuk mencuba sushi rendang, sushi sate dan sushi serunding.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati kurma goreng keju, pisang goreng keju dan pelbagai jenis kek sebagai hidangan pencuci mulut.

Hidangan Bufet Ramadan di hotel ini dibuka bermula dari 29 Jun hingga 27 Julai dan maklumat lanjut atau tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2697 8888 atau sambungan 8819/8801 atau fb@grandseasons.com.   

Tags / Kata Kunci: Ramadan , nasi ambeng , grand season hotel

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan