suria

Ikan Bawal Putih Masak Laici

Gambar Hiasan
SETELAH seharian berpuasa, tidak salah jika hidangkan menu istimewa untuk diri sendiri dan keluarga tersayang. 

Jika sebelum ini, anda gemarkan masakan tiga rasa, apa kata cubalah masakan yang menggunakan sirap dan juga buah laici untuk rasa yang berbeza.


Bahan-bahan:

- 450-500 gram ikan bawah putih
- tepung ubi kayu 
- 4 hiris halia
- 1 tin buah laici diasingkan dari sirapnya
- 1 tin nenas dipotong dadu

Rempah (dicampur):

- 1/2 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu besar tepung jagung

Hiasan:

- Bawang besar dicincang
- daun ketumbang


Cara-cara:

- Basuh ikan bawal putih tadi dan asingkan isi ikan (filet) daripada tulangnya. Potong ikan tersebut dalam bentuk kepingan.
-Tambah sedikit perasa ke dalam isi ikan tadi. Taburkan tepung ubi kayu kayu di atas ikan termasuk ikan yang dipotong dalam bentuk kepingan tadi dan salutkan dengan tepung.
- Panaskan minyak dan goreng ikan tersebut sehingga berwarna kuning keemasan dan rangup.
- Angkat ikan tadi dan letakkan di atas pinggan.
- Tinggalkan satu sudu besar minyak di dalam kuali. Tumis halia sehingga wangi dan masukkan nenas. Tumis sehingga 10 hingga 20 saat.
- Masukkan 120 ml sirap laici dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan rempah dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan buah laici dan tuang sos di atas ikan. Taburkan bawang besar yang telah dipotong dadu dan daun ketumbar sebagai hiasan.


Ramadan, ikan bawal masak laici

Artikel Lain