suria

Keenakkan Kari Kepala Ikan Di Tepi Pantai

Sruppp...Abang Fen menyedut kuah kari kepala ikan, bila terkena lidah...rasa pedas, masam, manis dan rencah serbuk kari itu cukup untuk dibuatkan satu kesimpulan iaitu sedap.

Bayangkan bila kuah kari itu terkena lidah, fuh... memang sedap, bukan Abang Fen nak propa...tapi memang sedap.

Kali ini Abang Fen ingin kongsi tentang keenakkan kari kepala ikan di sebuah restoran di tepi Pantai Robina, Taman Robina, Bagan Ajam, Butterworth.

Sebelum Abang Fen cerita pasal restoran ini, pembaca perlu tahu bahawa Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang terkenal  dengan jolokan 'syurga nasi kandar' dan keistimewaan kari.

Tapi kalau nak cuba makanan di setiap restoran di Pulau Mutiara ini, setahun pun takkan habis.

Sebab itulah Abang Fen  tolong cadangkan restoran terbaik untuk pembaca.

Baik tak Abng Fen...boleh la kan.

Restoran yang Abang Fen hendak cadangkan ialah Route 69 Café-By The Beach yang terletak betul-betul di tepi Pantai Robina.

Dibuka seawal jam 12 tengah hari hingga 1 pagi, Route 69 terkenal dengan kari kepala ikan jenahak yang disediakan oleh chef berpengalaman dari hotel terkenal di negeri ini.

Semasa berada di Route 69, Abang Fen mengambil kesempatan mencuba kari kepala ikan jenahak itu sendiri selain ketam masak cili, kangkung goreng belacan, telur dadar dan udang goreng tepung.

Tiba saja kari kepala ikan diatas meja, harumnya memang buat Abang Fen tak boleh tahan. Ambil sudu dan rasa dulu...memang sedap, alah yang macam yang Abang Fen cerita awal tadi.

Bagi Abang Fen, inilah kari kepala ikan yang paling sedap pernah dinikmati dan ianya sukar untuk dikongsikan tentang kelazatannya yang benar-benar membuka selera apatah lagi digabungkan dengan hidangan ketam masak cili yang istimewa rasanya.

Bila dah sedap, apa lagi Abang Fen mulalah nak berkongsi dengan pembaca mStar Online, itulah kisahnya.

Ketika menemui Pengurus Route 69, Mohd Rafi Abdul Ghani, (gambar) dia memberitahu restoran ini baru dibuka pada awal tahun ini (2014).

Jelasnya, hidangan untuk pelanggan disediakan oleh empat tukang masak berpengalaman termasuk dua  dari Bangkok, Thailand.

Selain masakan tradisonal Melayu seperti kari kepala ikan, kari ikan, ketam masak cili, mereka juga menyediakan masakan Thailand, masakan barat dan steamboat.

“Tempat, suasana dan  layanan istimewa bertaraf mewah kami berikan namun harga yang dikenakan hanya bertaraf warung,” katanya.

Dasyat!!!

 

“Mee goreng, nasi goreng dan makanan ala carte lain serendah RM4 sepinggan dan harga itu jauh lebih murah dari restoran biasa di sekitar Pulau Pinang” 

"Kami juga menyediakan bilik mesyuarat, tempat makanan berhawa dingin, kemudahan wifi , BBQ ditepi pantai dan menerima pelbagai tempahan untuk majlis kekeluargaan, syarikat dan perkahwinan," kata Mohd Rafi.

Antara pelanggan Route 69.

Apa yang penting menurutnya, pelanggan kenyang dan berpuas hati daripada layanan dan masakkan yang sedap.

Sepasang suami isteri dari Parit Buntar, Perak yang sempat ditemui berkata, mereka memilih Route 69 bukan sahaja kerana makanan yang sedap tetapi kedudukannya di tepi pantai.

"Route 69 memang restoran yang sempoi, makanan pulak cukup sedap, banyak pilihan dan harga murah, saya mai dari jauh pun berbaloi la," Rushdi Abdul Majid, 43, yang ditemani isterinya Norazina Adnan, 40.

Kepada pembaca, anda perlu mencuba, macam mana hendak cuba?

Abang Fen tinggal nombor telefon Mohd Rafi (012-4652395), kamu hubungi dia dan dapatkan tempahan secepat mungkin ye...rugi kalau tak cuba.

nota: bulan depan demam Piala Dunia, jangan makan bola ye sebab ada lagi makanan sedap yang Abang Fen nak kongsi.

Pulau Pinang, Bagan Ajam, Route 69

Artikel Lain