Bukan Hanya Secawan Kopi

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 1:35 PM

Yung (kiri) bersama dengan Ng berhenti rehat seketika selepsas sesi memperkenalkan makanan istimewa yang terdapat di Pacific Coffee.

(Ubah saiz teks)

PERNIAGAAN menjual pelbagai jenis kedai menjual kopi semakin popular di negara ini.

Lebih istimewa apabila kira-kira 20 blogger dan pemberita berkumpul di Pacific Coffee Company (PCC) di pusat beli belah Paradigm Mall dijemput untuk merasai sendiri keunikan serta keasliaan kopi yang didatangkan khas dari Sumatera, Costa Rica dan Ethiopia.

Kek Tiramisu ini turut disertakan dengan hirisan kacang walnut.

Keistimewaan kopi PCC adalah apabila ia dihidangkan bersama pencuci mulut kek tiramisu dari Sumatera, cheese cake dari Costa Rica dan cheese cake Blueberry dari Euthiopia.

"Kopi yang kami sediakan pada suhu 70 dan 40 Celcius dengan aroma yang cukup menyelerakan," kata Yung duta kopi PCC.

Pilihan pencuci mulut dan kopi tersebut disediakan oleh chef PCC central, Ng Yoke Mun, yang mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam bidang masakan.

Antara keunikan PCC kopi Sumatera adalah apabila bijian kopinya dikisar dengan tekstur yang cukup halus serta kandungannya yang kurang berasid disamping ia mempunyai aroma buah-buahan.

Kek tiramisunya pula diperbuat daripada bahan seperti 'mascarpone' serta kacang walnut yang dihiris.

Kami kemudiannya pula merasai American Baked cheese cake bersama-sama dengan kopi Costa Rica.

American Cheesecake perisa lemon ini didatangkan bersama kopi Costa Rica.

Keunikan jenis kopi lain seperti Ethiopian Mocha pula adalah ia melalui proses basuhan dan pengeringan sebanyak dua kali yang menjamin kualiti yang lebih baik.

Ia juga turut didatangkan bersama dengan blueberry cheese cake.

Chef Ng berkata syarikat tersebut kini dalam percangan untuk menyediakan beberapa lagi set pencuci mulut bersama-sama dengan kopi istimewa keluaran kedai berkenaan.

PACIFIC COFFEE terletak di Lot GF-37 Paradigm Mall, Kelana Jaya, Petaling Jaya (Tel: 03-74923022). Waktu operasi: 10 pagi-10 malam, setiap hari. 

Tags / Kata Kunci: Pacific Coffee , Jamu Selera.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan