Bau Kertas Jadi Pendorong Industri Buku Terus Hidup

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 7:20 PM

Penerbit Raman Krishnan di butik buku miliknya, Silverfish Books.

(Ubah saiz teks)

APABILA menyebut mengenai sastera, kata-kata terkenal mengenainya ialah bahawa seseorang perlu menulis manakala terdapat seorang lagi yang akan membaca.

Namun sesetengah rakyat Malaysia memandangnya dengan lebih jauh apabila mula menyiarkan karya-karya berkenaan.

Raman Krishnan, pengasas Silverfish Books pada 1999 berkata, pembabitannya dalam arena perdagangan buku adalah tidak dirancang.

"Ia berlaku secara tidak sengaja. Saya nak ke kedai buku yang saya mahu dan membeli buku-buku yang saya ingin beli.

"Tetapi pada ketika itu tidak ada di Malaysia. Kedai buku sedia ada sangat menyedihkan," katanya.

'Butik buku' Silverfish Books terletak di Jalan Telawi Bangsar.


Menurut beliau apabila syarikat itu mula ditubuhkan 15 tahun lalu, ia merupakan butik buku bebas yang dipenuhi dengan buku-buku sastera, falsafah dan penulisan rakyat Malaysia dalam bahasa Inggeris.

Raman berkata beliau membelanjakan RM150,000 modal permulaan untuk memenuhkan rak buku di kedainya.

"Kami mempunyai kira-kira 25 hingga 30 tajuk buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh rakyat Malaysia, hampir kesemuanya di cetak pada masa itu.

"Namun pada masa ini kami mempunyai lebih daripada 1,500 judul. Angka ini meningkat sebanyak kira-kira 50 judul setiap bulan," kata Raman.

Tidak berpuas hati dengan hanya menjual buku, Silverfish kemudiannya turut terlibat dalam dunia penerbitan.

Akhirnya pada 2001 syarikat itu memberikan masa kepada penulis selama 30 hari untuk mengemukakan karya pendek mereka dan akhirnya Silverfish selaku penerbit menerima 250 penyertaan untuk projek pertama mereka.

Antara buku koleksi terbaru Fixi Novo.


Malah bagi projek kedua, Silverfish menerima 600 karya asal dalam masa 60 hari.

Menceritakan mengenai perjalanan perniagaannya, bekas jurutera terlatih itu menyatakan beliau tidak takut dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Lebih mengkagumkan, Raman membina sendiri laman webnya, menentukan reka letak malah adakalanya beliau mencipta sendiri reka letak muka depan buku yang ingin diterbitkan syarikatnya.

Tambah beliau teknologi mengurangkan halangan dalam proses penerbitan.

Pertamanya, ia membolehkan penerbit untuk memberi tumpuan kepada kandungan tanpa perlu bimbang mengenai perkara teknikal.

Keduanya ia mengurangkan kos kemasukan ke komputer menggunakan perisian dan beberapa perkara remeh lain.

"Apabila kami menerbitkan buku pertama, pelekat masih dilakukan dengan tangan sebelum membuat plat cetak dan semuanya dilakukan secara manual. Jika ada satu baris terakhir hilang dari halaman ia akan memberi kesan kepada semua 1,000 buku yang dicetak.

"Pada masa kini, teknologi CTP (komputer ke plat) adalah perkara biasa. Plat dibuat terus daripada fail PDF. Ia menjadikan kawalan dan semakan lebih mudah," kayanya.


Antara buku bahasa Inggeris yang diterbitkan di bawah label Fixi Novo.



Mengulas mengenai jualan dalam talian dan e-buku, Raman berkata ia adalah penting untuk mengekalkan kehadiran.

Walau bagaimanapun menurut beliau kedai-kedai buku fizikal masih berkembang maju di Malaysia.

Sementara itu pengasas Fixi, Amir Muhammad berkata bahawa rakyat Malaysia masih suka membaca bahan cetakan kerana "kertas berbau lebih baik".

Secara kebetulan, beliau adalah editor yang terbabit projek pertama yang disiarkan Silverfish.

Seperti Raman, Amir berkata penjualan e-buku adalah perlahan, walaupun kebanyakannya kini boleh didapati versi digital.

Fixi bermula pada 2011 sebagai penerbit bahasa Melayu, dengan memberi tumpuan kepada fiksyen kontemporari.

"Idea ini muncul apabila saya melihat senarai novel paling laris dijual di kedai rangkaian buku. Sembilan daripada sepuluh daripadanya mengandungi perkataan 'cinta' dan 'kasih'," katanya.
Tags / Kata Kunci: Buku , Silverfish Books , Fixi , Raman Krishnan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan