Kisah Wanita Menerusi Gambar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 11:52 PM

woman

Sepanjang menjadi guru selama 18 tahun, Muhairene mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah seluruh negara. Foto: ROHAIZAD MD DARUS

(Ubah saiz teks)

HARI Wanita Antarabangsa akan disambut pada Sabtu, dan kami menyambutnya dengan menggambarkan wanita Malaysia dengan peranan dan latar yang berbeza.

Kami berharap untuk menyiarkan gambar-gambar positif mengenai wanita ini sebagai hero menerusi kisah mereka sendiri. Wanita-wanita ini telah melakukan sesuatu yang bermakna untuk mereka dan orang lain.

Idea di sebalik projek ini adalah kami dapat mengubah gambaran mengenai wanita menerusi imej-imej yang disiarkan.

Jurufoto The Star telah merakamkan wanita-wanita ini menerusi lensa kamera mereka dalam kehidupan seharian sejak beberapa minggu lepas. Dan kami juga telah mencari gambar-gambar yang dapat memberikan inspirasi.

Selain daripada imej-imej, kami akan meneruskan penghargaan kepada golongan wanita untuk selama 100 hari.

Kami akan memuat naik gambar-gambar dan kisah-kisah wanita Malaysia secara dalam talian di thestar.com.my dan juga platform media sosial kami.

Kami juga mengalu-alukan anda untuk menghantar gambar-gambar wanita yang memberikan insipirasi kepada anda.

Kirimkan gambar-gambar dengan resolusi tinggi ke star2@thestar.com.my dengan tajuk 'I Am Woman'. Sila sertakan nama subjek, umur, pekerjaan dan penerangan ringkas, serta butiran contact anda. 

WOMAN 2

Rupa Anurendra, 15, Pelajar - Menterjermahkan minat muzik 'di semua tempat', Rupa meminat muzik rock alternatif, runit bunyi filem, techno R&B... dan Joni Mitchell. - SAMUEL ONG / THE STAR

WOMAN 3

Aunty Mary, 74, Pecinta haiwan - Bekas Miss Penang Trade Fair 1963 memberikan makanan kepada lebih 60 anjing terbiar di kawasan kejiranannya di Kuala Lumpur setiap hari. - K.K. SHAM / THE STAR

WOMAN 4

Ustazah Che Jah Hussin, 61, Guru agama - Ustazah Che Jah mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak di kediamannya di Taman Beringin, Kuala Lumpur. - M. AZHAR ARIF / THE STAR

WOMAN 5

Zulaikah Norziana Nasser, 11, Pelajar - Zulaikah merupakah pemain golf nombor tiga bagi kategori di bawah 12 tahun. Beliau turut menjadi kapten bagi pasukan sorak di sekolahnya. - ART CHEN / THE STAR


iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan