Pengasas Butik Bella Ammara Buka Pusat Kecantikan Naarabelle Facespa

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 11:50 AM

Pengasas Bella Ammara iaitu Belle turut dilantik menjadi duta Naarabelle Facespa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengasas butik Bella Ammara iaitu Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh pada Khamis melebarkan cabang peniagaannya dengan pembukaan pusat kecantikan Naarabelle Facespa.

Sharifah Nabilla Al Yahya atau lebih mesra disapa Belle berkata, pembukaan pusat kecantikan ini juga dapat merialisasikan impiannya untuk berkongsi rahsia kecantikan wajah.

"Ramai yang bertanya saya tentang penjagaan dan produk yang saya gunakan supaya nampak sentiasa segar walaupun sibuk dengan kerja seharian.

"Jadi, apa salahnya saya menceburi satu lagi bidang perniagaan yang melibatkan penjagaan wajah dalam membantu wanita dan lelaki supaya sentiasa tampil menarik," ujarnya.


Beliau ditemui pada majlis pelancaran pusat kecantikan Naarabelle Facespa di Setapak, di sini, pada Khamis.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah selebriti-selebriti tempatan seperti Mira Filzah, Raja Afiq, Ruhainies dan Tasha Mansahar.

Tambah Belle, perniagaan pusat kecantikan ini dikongsi bersama rakan kongsi yang juga Pengarah Urusan Naarabelle Facespa iaitu Wan Ahmad Fadhil Wan Jaafar.

Sementara itu, Wan Ahmad Fadhil, berkata, pusat kecantikan ini juga menawarkan perkhidmatan dengan kos yang sangat berpatutan untuk semua golongan masyarakat. 



“Dengan teknologi yang digunakan di Naarabelle Facespa juga mempunyai kualiti daripada gred yang bermutu tinggi serta canggih mengikut peredaran mada kini dan juga global.

“Selain itu, fasiliti yang disediakan Naarabelle Facespa turut dititikberatkan bagi menjaga pelanggan yang sedang menunggu agar berasa selesa dan tenang sebelum menerima perkhidmatan kami,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Fadhil, keistimewaan Naarabelle Facespa juga menggabungkan cara rawatan secara teknologi moden dan tradisional. 

“Di Naarabelle Facespa, kami menggabungkan konsep rawatan tradisional dan moden yang digunakan oleh pakar kecantikan terlatih.

“Di sini juga pelangan turut merasai pengalaman rawatan berteknologi terbaik, dalam masa yang sama turut merasai suasana mewah dan selesa dengan harga berbaloi," ujarnya.

Naarabelle Facespa beroperasi setiap hari di Pusat Kormersial Setapak, Jalan Taman Ibukota, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: Naarabelle Facespa

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan