Felinna Boutique Buka Cawangan Di Shah Alam

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 11:36 AM

Antara koleksi terbaharu di Felinna Boutique.

(Ubah saiz teks)

SAMBUTAN menggalakkan pembeli mendorong syarikat Raffelinna Sdn Bhd membuka Felinna Boutique iaitu cawangan keempat mereka di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam. 

Pengasasnya, Nadia Fellina Abd Fattah berkata, pembukaan cawangan ini turut memperkenalkan tiga koleksi tunic dan jubah terbaharu rekaan butik tersebut. 

"Sempena pembukaan butik di Shah Alam ini kami menawarkan harga menarik dan rekaan baru bagi Tunic Rayyan, Dress Lutfiyah dan Jubah Jehan. 

"Ia menjadikan kesemuanya tujuh rekaan eksklusif yang dijual termasuk kardigan, kurung moden dan selendang. Hari ini kami menawarkan promosi harga runtuh iaitu serendah RM99 bagi jubah dan RM69 bagu tunic," ujarnya. 



Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd, Muhammad Rafi'e Ramli merasmikan pembukaan butik di Shah Alam.


Fellina berkata demikian pada sidang media pelancaran Butik Felinna di Seksyen 7, dekat sini. 

Felinna Boutique masih beroperasi di tiga cawangan lain iaitu Bangi, Alor Setar dan Bertam, Kedah. 

Majlis tersebut dilancarkan oleh suaminya yang juga Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd, Muhammad Rafi'e Ramli. 

Tambah Fellina, bagi majlis pelancaran yang diadakan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad, mereka menawarkan sebanyak 5,000 helai kepada pelanggan yang datang terus ke butik berkenaan. 

"Untuk hari ini dan esok kami keluarkan sebanyak 5,000 helai kesemuanya dan dijual dengan harga promosi ini kepada pelanggan yang datang ke kedai. 

"Selebihnya barulah kami akan jual menerusi dalam talian (online), namun secara limited kerana selalunya saiz yang tidak banyak pilihan," ujarnya. 


Pengunjung terpaksa mengambil nombor giliran untuk memasuki butik berikutan terlalu ramai.


Selain itu, kata Fellina, rekaan tunic jenama Dilwale paling mendapat sambutan menggalakkan berikutan fenomena filem hindi Diwale yang masih lagi hangat. 

Sementara, tambahnya, jubah jenama Adelia dan kardigan turun menjadi pilihan pelanggan. 

"Setakat ini tiga rekaan iaitu Dewali, Adelia dan kardigan adalah yang paling laris dan terpaksa direproduce beberapa kali. 

"Apa yang saya lihat, pelanggan kami gemar kepada bahan yang tidak terlalu panas dan mempunyai pocket untuk menyimpan barang," ujarnya. 

Tambah Fellina, dia menitikberatkan bahan yang digunakan tidak terlalu panas, selesa dan mudah untuk wuduk. 

Oleh yang demikian, dia menggunakan dua jenis fabrik utama iaitu Como Crepe dan Santana yang dirasakan sesuai dipakai dalam keadaan cuaca negara ini. 

Hani dan Zue, Uyaina (Juara Nona Manis) 


Dalam pada ini, katanya, cawangan terbaharu ini juga sebagai penghargaan kepada semua pelanggan Hijrah Felinna yang berada di Shah Alam, Klang, Subang, Damansara dan kawasan berhampirannya.

“Pembukaan ini akan lebih memudahkan pelanggan kami yang berada di kawasan sekitar Shah Alam untuk mendapatkan koleksi terbaru dari butik kami. 

“Kami juga meyasarkan pengunjung dari pelbagai peringkat umur yang mempunyai citarasa tinggi terhadap pakaian muslimah,” ujarnya.

Sementara itu, majlis pembukaan secara besar-besaran selama dua hari ini turut dimeriahkan dengan artis-artis terkenal tanah air seperti Hani dan Zue, Uyaina (Juara Nona Manis) pada Sabtu dan Mia Sara pada Ahad.

Dapatkan pelbagai pakaian Muslimah kontemporari di cawangan terbaharu butik Felinaa Boutique di Jalan Plumbum, Shah Alam. Butik ini dibuka sepanjang hari Selasa – Ahad bermula 10 pagi sehingga 6 petang. 
Tags / Kata Kunci: Felinna Boutique

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan