Hijab Tak Halang Wanita Tampil Bergaya

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 2:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAKAIAN hijab mengikut syariat sememangnya dituntut dalam Islam. Namun ia tidak menghalang wanita bergaya mengikut trend semasa yang menawarkan pelbagai rekaan gaya tudung yang boleh diperagakan mengikut majlis yang dhadiri. 

Sempena Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari, mStar Online menampilkan gaya hijab terkini yang boleh dicuba mengikut citarasa masing-masing. 

Shayma Faisal Abri menceritakan mengenai beberapa gaya tudung terkini. - Foto Ihsan VERVE COMMERCE.

Menurut jurudandan tudung profesional, Shayma Faisal Abri, kebiasaannya selendang lebih digemari oleh wanita muda pada hari ini. 

Hal ini kerana, lebih banyak gaya boleh dibentuk menggunakan selendang berbanding tudung konvensional. 

Shayma berkata, kain jenis sifon dan satin lebih mudah dibentuk dan ia sesuai dipakai ke majlis perkahwinan, majlis makan malam mahupun acara santai.

Bagi mereka yang akan menghadiri majlis formal seperti majlis makan malam atau keraian penggunaan dua tudung lebih sesuai digunakan. 

"Penggunaan tudung yang dilengkapi dengan labuci akan menyerlahkan lagi gaya si pemakai, dan ia sesuai untuk majlis makan malam," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce, Mutiara Damansara, baru-baru ini. 

Gaya tudung yang sesuai digayakan untuk aktviti santai dan kasual. 


Bukan itu sahaja, jelas Shayma penggunaan aksesori juga dapat menambah keunikan pada hijab yang dipakai.

"Untuk gaya yang ringkas dan kasual, pilihan rona warna lembut sesuai digunakan. Jika mahukan kelainan, kita boleh menambah aksesori seperti butang berbentuk ros di bahagian tepi tudung supaya tidak nampak ringkas. 

"Penggunaan 'inner' tudung memudahkan anda untuk menggayakan selendang, kerana ia menjadikan tudung yang anda lebih kemas dan mudah dibentuk," katanya. 

Penggunaan aksesori dapat menyerlahkan lagi gaya si pemakai. 

Mengulas lanjut, Shayma yang berasal daripada Jakarta, Indonesia ini berkata, penggunaan selendang tanpa corak lebih mudah digayakan, namun aksesori yang digunakan perlu minimal agar tudung tidak nampak terlalu sarat. 

"Penggunaan selendang yang panjang dapat memudahkan ia dibentuk dan dililit untuk mendapatkan gaya yang berbeza dan tidak statik," katanya yang pernah menjadi finalis Muslimah Beauty di Jakarta, Indonesia pada 2011.

Untuk maklumat lanjut mengenai selendang yang digayakan oleh model di atas boleh didapati dengan melayari laman web, souq.mstar.com.my atau http://instagram.com/vervecommerce

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan