Binqareem Tawar Koleksi Jubah Moden Kontemporari Daripada SOUQ di mStar

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAKAIAN jubah kini bukanlah untuk ke masjid atau mengikuti aktiviti keagamaan semata-mata, malahan generasi Y hari ini dilihat berani menggayakannya ke majlis tidak formal mahupun bersantai bersama sahabat handai. 

Tampil dengan gaya moden dan terkini, jubah Binqareem mula menjadi pilihan golongan muda lelaki masa kini. 

Menurut Pengarah Urusan Binqareem, Azlan Karim, semuanya bermula hampir tiga tahun yang lalu selepas dia melihat ada kekosongan dalam pasaran jubah di negara ini. 


Jubah Muaz didatangkan dalam warna hitam dan putih. 


"Disamping mengajak masyarakat membudayakan pemakaian jubah yang merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W., jubah kini mula dipakai oleh pengantin lelaki mahupun 'dulang boys' pada majlis perkahwinan. 

"Jubah keluaran Binqareem menggunakan fabrik yang diperbuat daripada kain kapas yang tahan lasak dan sesuai dengan cuaca panas di negara ini," katanya kepada mStar Online di butik Binqareem di Shah Alam, baru-baru ini. 

Antara koleksi jubah Binqareem yang mendapat sambutan ialah jubah Al Mujaheed, jubah Uthman Cameo (jubah tentera) yang paling mendapat sambutan. 

Jubah Uthman Cameo merupakan jubah paling laris. 


Menurut Azlan, Uthman Cameo menjadi semakin popular selepas ia dipakai oleh selebriti, Zizan Razak dalam sebuah program Astro hampir dua tahun lalu. 

Selain Zizan, beberapa selebriti popular lain turut pernah memakai jubah keluaran Binqareem, antaranya ialah Aznil Nawawi, Imam Muda Muhammad Asyraf dan Hafiz Hamidun. 

"Kami juga turut menaja program Pencetus Ummah musim kedua dan Akademi Fantasia musim ke-10. Promosi di televisyen sangat membantu mengembangkan lagi pasaran produk jubah kami," kata Azlan yang sering ke luar negara untuk mendapatkan fabrik yang berkualiti untuk jubah keluaran Binqareem. 

Mula menjual jubah polo pada awal perniagaannya, Azlan berkata, dia bersyukur jubah berkenaan menjadi satu trend di laman sosial, Instagram dan Facebook apabila ramai pihak mula mencari jubah keluaran Binqareem. 

"Selepas itu, saya mengeluarkan beberapa koleksi jubah seperti jubah Umar, Muaz, koleksi 'cruise'. Pada masa yang sama, saya sering meminta pendapat daripada rakan sepasukan sebelum menyiapkan satu-satu rekaan jubah keluaran Binqareem. 

"Jubah keluaran kami lebih banyak menggunakan motif geometrik yang diolah dengan motif rekaan yang terdapat di dinding masjid. Daripada corak berkenaan kami mengolahnya dengan idea serta ilustrasi pilihan warna yang bersesuaian sebelum ia dicetak pada jubah keluaran Binqareem. 

"Kami sangat mementingkan kualiti dan kuantiti, dan untuk menghasilkan sehelai jubah tempoh singkat selama tiga hari diperlukan, semuanya kerana kami mempunyai kilang serta tukang jahit sendiri," katanya. 

Jubah Al-Mujaheed.


Ditanya mengenai perancangan beliau pada 2015, beliau ingin menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan baharu dengan menjadi stokis kepada produk keluaran Binqareem tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. 

"Kita ingin mencari rakan niaga tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Penggunaan agen ini dapat membantu mengembangkan lagi jenama Binqareem ke seluruh negara. 

"Selain itu, kami juga sedang berusaha menempatkan produk keluaran Binqareem di hypermarket dan pasar raya besar seperti Tesco, Giant dan Parkson pad tahun ini," katanya mengakhiri perbualan. 

Jubah keluaran Binqareem dijual pada harga RM160 sehelai dan potongan harga diberikan kepada mereka yang membelinya secara pukal. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari http://souq.mstar.com.my/product-category/men/men-jubah/


Tags / Kata Kunci: Binqareem , Azlan Karim , jubah moden

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan