Rekaan Eksklusif Fashion Valet di KL Fashion Weekend Autumn/Winter 2014

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 8:00 PM

Antara rekaan pereka, Aere yang diperagakan pada KL Fashion Weekend Autumn/Winter 2014/15. Foto ROHAIZAT DARUS/THESTAR.

(Ubah saiz teks)

SEMPENA Kuala Lumpur Fashion Weekend Autumn/Winter (KLWend AW) 2014/15, butik dalam talian terkemuka Fashion Valet (FV) turut menampilkan enam pereka fesyen terkemuka yang menampilkan rekaan eksklusif masing-masing. 

Antara pereka fesyen yang mengambil bahagian pada KLFWend AW  kali ini ialah Aere, Mimpikita, Alia B, Alia Bastamam, Syaiful Baharim dan Halfins. 

Konsep rekaan yang diketengahkan juga cukup mengujakan dengan pelbagai tema dan konsep seperti 'love on top', 'heart skips a beat', 'mrs officer', 'trouble sleeping' dan 'new in towns'.

Rekaan Aere ini sesuai digayakan untuk majlis formal mahupun keraian.

Tampil dengan tema berwarna biru, putih susu dan hitam rekaan Aere, cukup menarik untuk digayakan ke pejabat mahupun majlis keraian.

Rekaan pereka fesyen, Mimpikita juga sesuai untuk digayakan bagi majlis formal mahupun aktiviti santai. Bagi mereka yang menggemari warna-warna pastel seperti biru, putih, merah jambu harus mendapatkan koleksi terbaharu keluaran Mimpikita.

Dress labuh rona biru ini cukup sesuai digayakan pada majlis formal.
 

Nama Syaiful Baharim dan Alia Bastamam serta Alia B memang tidak perlu diperkenalkan lagi rekaan mereka yang mempunyai identiti tersendiri sesuai untuk sesiapa sahaja yang gemarkan gaya yang ringkas tetapi menarik. 

Koleksi keluaran pereka fesyen Halfins, sememangnya unik dan sesuai untuk mereka yang ingin berani mencuba padanan rekaan rona terang, gelap serta tema hitam dan putih yang pasti menarik perhatian khalayak. 

Blous putih ini cukup menarik digayakan dengan seluar bercorak merah jambu.

Ketika ditemui, Pengarah Urusan Fashion Valet, Vivy Sofinas Yusuf nyata teruja dengan penyertaan kali pertama FV dalam KLWend AW dan berharap untuk turut serta pada tahun hadapan. 

"Ini kali pertama kami menyertai KLWend. Saya berharap selepas ini ada kerjasama seumpama ini pada tahun hadapan. Jika boleh kami ingin mengetengahkan semua 300 jenama produk yang ada dengan FV, namun kekangan masa dan ruang menyebabkan hanya enam jenama sahaja yang dapat diketengahkan.. 

"Mereka merupakan produk terbaharu keluaran FV, semua rekaan ini eksklusif dan hanya boleh didapati di FV," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menghadiri KLWend AW di Balai Seni Visual Negara di sini, Khamis. 

Rekaan Mimpikita banyak menggunakan padanan warna-warna pastel.

Ditanya mengenai perancangan FV pada tahun hadapan, Vivy berkata, pihak pengurusan akan melebarkan sayap ke Indonesia dengan pembukaan cawangan pertama di negara jiran itu. 

"Kami sedang dalam peringkat akhir untuk menyiapkan pembinaan pejabat di Indonesia. Kita berharap ia dapat beroperasi pada Januari depan," katanya.

Vivy berkata, FV juga akan  berkolaborasi dengan beberapa selebriti terkemuka tanah air, namun semuanya akan dilancarkan pada Februari tahun hadapan. 

KLWend AW berlangsung selama empat hari bermula 12 hingga 16 November ini di Balai Seni Visual Negara, ia dianjurkan sempena Karnival Jualan Mega Akhir Tahun 1Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia. 




iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan