Tas Tangan Pelengkap Gaya Fesyen Wanita

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 3:35 PM

Charmin bersama koleksi tas tangan yang ditawarkan blog Glossy Adiction

(Ubah saiz teks)

TAS tangan memainkan peranan yang penting dalam menentukan gaya serta fesyen seseorang wanita. Bagi mereka yang meminati jenama terkemuka seperti Biker City Balenciaga, Celine, Rocco, Darby, Alexa V9, Birdy, Arena, pasti teruja dengan apa yang ditawarkan oleh pengusaha blog Glossy Addiction, Charmin Yeoh.

Kebanyakan tas tangan yang dijual menampilkan produk hasil inspirasi pereka terkenal, namun apa yang menarik ia dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Menceritakan detik awal beliau menceburi bidang perniagaan online, Charmin berkata semuanya bermula secara kebetulan ketika melancong ke China pada 2009.

Oleh kerana minatnya yang mendalam dengan tas tangan, beliau membawa pulang beberapa koleksi tas tangan yang istimewa dari sana.



Bermula dari situ beliau memulakan perniagaan secara dalam talian untuk menjual tas tangan yang merupakan inspirasi pereka terkenal dunia.

"Dengan harga yang berpatutan, tas tangan yang dijual mula mendapat sambutan. Kebanyakan pembeli dari Malaysia kerana saya hanya menggunakan kaedah pemindahan wang secara atas talian, atau memasukkan wang ke dalam akaun. Tiada kemudahan untuk penggunaan kad kredit setakat ini.

"Apabila pelanggan mula memberi maklum balas mengenai reka bentuk, warna, jenis bahan untuk menghasilkan tas tangan yang mereka minati,  saya akan memberi idea kepada pembekal. Seterusnya mereka akan ke kilang di negara tersebut untuk menempah rekaan seperti yang dikehendaki," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Charmin berkata, secara tidak langsung laman web seperti Your Shopping Kaki, Diary Addictions,  A Shopaholic's Den, Shoppers Network,  Shopping Roll, Fashion Clicks, Shoppers Bite dan Modern Grannie turut membantu mempromosikan tas tangan yang dijualnya.

"Secara kebetulan ada pelanggan yang juga penulis blog sering membeli tas tangan yang saya jual. Beliau seronok apabila berjaya mendapatkan tas tangan kegemarannya pada harga murah dan mulai saat itu mula menulis mengenai tas tangan yang saya jual di blognya. Susulan itu, beberapa pembaca blog wanita berkenaan mula menghubungi saya untuk mendapatkan tas tangan yang mereka minati," katanya.

Selepas itu, Charmin mula mendapatkan stok baru setiap tiga bulan dan mempelbagaikan jenis tas tangan dengan rekaan dan corak yang digemari oleh pelanggan.

"Balenciaga antara rekaan klasik yang mendapat respons yang baik dan juga produk terlaris. Dengan menginovasi spesifikasi tas tangan tersebut ia menjadikan tas tangan yang saya jual hampir menyerupai produk asal dan setakat ini hampir 300 tas tangan jenis itu berjaya.

"Saya juga banyak memilih warna klasik seperti hitam, coklat, kuning lembut atau warna tema seperti hijau, pink lembut yang sesuai dipadankan dengan apa jua pakaian," katanya.

Charmin berkata, daripada maklum balas yang diterima, pelanggan akan kembali membeli di blog saya kerana mereka menganggap tas tangan dijual tiada di blog lain," katanya.



Bukan itu sahaja, blog Glossy Addiction turut menjual 'clutches', Charmin berkata beliau sentiasa mencari sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain.

"Sebagai contoh saya mempunyai 'clutches' yang berbentuk seperti reben kartun Minnie Mouse. ini kerana clucthes sedia ada lebih kepada sesuatu yang mempunyai unsur 'blink-blink'. Pada mulanya saya membawa masuk 'clucthes dari Hong Kong, ini kerana mereka lebih khusus dalam pengeluarannya.

"Jenis tas tangan seperti ini lebih mudah di jual di bazar kerana pelanggan online lebih suka mencari jenis tas tangan yang biasa mereka temui," katanya.

Mengenali wanita tinggi lampai ini, pasti anda terfikir mengapa beliau sanggup berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniaggan menjual tas tangan ini.

"Semuanya kerana minat yang mendalam terhadap tas tangan. Saya boleh habiskan masa siang dan malam memikirkan tentanganya. Setiap koleksi peribadi saya tidak akan kekal lebih daripada dua minggu. Saya seorang yang tidak mementingkan barangan yang mahal dan jenama kerana saya lebih percaya kepada gaya dan keselesaan.

"Glossy Addiction dibuat untuk mereka yang mempunyai minat saya sama seperti saya. Anda tidak boleh puas dengan satu tas tangan sahaja dan anda tidak boleh berhenti memikirkannya," kata Charmin mengakhiri perbualan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang, www.glossyaddiction.blogspot.com


Untuk berpeluang menangi baucar bernilai RM100 daripada Glossy Addiction, pembaca mStar Online boleh menyertai Peraduan Fesyen & Kapsyen Facebook mStar yang akan diadakan pada 21 April hingga 4 Mei 2014.

Anda hanya perlu menghantar kapsyen yang kreatif dan  kongsikan penyertaan anda di Facebook untuk meraih undi.

Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh melayari www.facebook.com/mstardotcomdotmy


  



   


Tags / Kata Kunci: Glossy Addiction , fesyen , tas tangan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan