suria

Fesyen Ala K-Pop di Perfect Runway

Pemilik butik Perfect Runway, Evie
GAYA K-Pop antara fesyen yang menjadi kegilaan muda-mudi kita ketika ini. Tanpa mengira jantina atau faktor usia, hakikatnya ialah, semuanya ingin tampil dengan gaya K-Pop.

Oleh itu, kali ini mStar ingin membawa pembaca menyeluri koleksi K-Pop yang terdapat di Perfect Runway yang terletak berhampiran dengan pusat beli belah, Encorp The Strand, Kota Damansara. 

Bukan sekadar menjual pakaian, butik milik usahawan muda, Evie Tham turut menyediakan pelbagai aksesori dan kasut sebagai pelengkap gaya wanita yang gemarkan fesyen terkini. 

Aplikasi mudah alih seperti Whatsapp, Facebook  FanPage serta Instagram antara saluran pemasaran untuk Evie menarik lebih ramai pelanggan mengunjungi butiknya. 

"Saya akui aplikasi seperti ini dapat membantu mempromosikan pakaian dan aksesori di butik ini dengan mudah. Bukan itu sahaja, kami turut menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus ke atas semua produk kepada ahli pada hari lahir mereka.

"Selain itu, dengan menjadi ahli pelanggan akan diberikan kad tebusan dan sebaik sahaja kad tersebut dipenuhi cop pembelian RM100 dan ke atas mereka boleh mendapat rebat tunai," katanya. 

Antara aksesori yang dijual di Perfect Runway.


Mengenai pemilihan pelbagai fesyen yang menarik perhatian sesiapa sahaja ketika di Perfect Runway, Evie berkata, kebanyakkan pakaian mempunyai stail tersendiri seperti gaya ala k-pop, pakaian mengikut tema yang boleh digayakan ketika ke majlis keraian, majlis perkahwinan serta gaya kasual. 

"Setiap bulan sebaik sahaja menerima stok baru, saya akan membuat sesi fotografi bersama model kami. Saya akan pilih model yang mempunyai bentuk badan serta wajah yang berbeza bagi menampilkan kelainan, kerana setiap orang mempunyai gaya yang berbeza. 

"Untuk mendapat idea mengenai gaya dan fesyen terkini saya banyak membaca majalah Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, saya juga sering mengkaji muzik video K-Pop untuk mendapatkan inspirasi daripada gaya mereka berpakaian," katanya. 

Antara koleksi pakaian yang dijual di Perfect Runway.

Bukan itu sahaja, tetapi butik Perfect Runway turut menawarkan pelbagai acara istimewa sempena sambutan ulang tahun butik berkenaan. 

"Banyak aktiviti menarik disediakan untuk pelanggan kami seperti 'free make over', dengan pakaian yang dibeli di butik kami. Selepas itu mereka juga boleh menggayakan pakaian tersebut dengan gaya ala model kerana saya turut menyediakan pentas peragaan kepada mereka yang berminat. 

"Wanita sukakan aktiviti sebegini, sebab itu saya menjadikannya sebagai aktiviti tahunan dan ia diadakan pada bulan Julai," katanya. 

Tas tangan yang dijual di Perfect Runway juga tidak kurang hebatnya, kebanyakkannya didatangkan dalam satu rekaan sahaja sama juga seperti kasut dan kebanyakkanya diimport dari Taiwan. 

Koleksi beg tangan di Perfect Runway.

Dengan kedudukannya yang strategik, butik Perfect Runway pasti menggamit anda ke sana. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari, https://www.facebook.com/perfectrunway atau menghubungi talian 03-61504982.

        
Untuk memenangi baucar bernilai RM100 daripada Perfect Runway, pembaca mStar Online boleh menyertai Peraduan Fesyen & Kapsyen Facebook mStar yang diadakan pada 21 April hingga 4 Mei 2014.

Anda hanya perlu menghantar kapsyen yang kreatif dan kongsikan penyertaan anda di Facebook untuk meraih undi.

Keterangan lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati dengan melayari, www.facebook.com/mstardotcomdotmy

Perfect Runway

Artikel Lain