suria

Fashion Valet Hab Fesyen Tempatan

Pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof. - Foto RAYMOND OOI/THESTAR.

NAMA Fashion Valet (FV) bukanlah asing bagi peminat fesyen tempatan yang suka membeli-belah secara online. 

Pengasasnya, Vivy Sofinas Yusof, 25, bersama suaminya, Fadzarudin Anuar, 25, merupakan antara pelopor butik dalam talian sejak empat  tahun yang lalu.

Keunikan FV adalah kerana menyediakan pelbagai produk di bawah satu bumbung. Antaranya ialah pakaian wanita dan muslimah, pakaian kanak-kanak, aksesori, produk kecantikan serta kasut.

"Bermula dengan 10 jenama pada awal pembukaan FV, kini FV sudah mempunyai kira-kira 300 jenama bukan sahaja dari  Malaysia, malah ada produk yang diimport dari Singapura, Indonesia dan Thailand. 

"Sasaran kami adalah untuk capture pasaran Asia melalui bisnes online dalam bidang fesyen. Kami percaya kepada kepelbagaian produk. Oleh sebab itu kami sentiasa memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan FV," kata Vivy kepada mStar  Online dalam temubual di pejabatnya yang terletak di Plaza Damansara baru-baru ini.

Menceritakan bagaimana tercetusnya idea untuk mewujudkan FV, Vivy yang juga wanita kacukan Melayu-Cina ini berkata semuanya berlaku secara kebetulan ketika dia dan suaminya menuntut di London. 

"Saya melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Di sana saya dapat lihat budaya masyarakat Eropah yang suka membeli apa jua barangan secara dalam talian.

"Melihat wujudnya kekosongan dalam bidang perniagaan secara dalam talian di Malaysia. Saya dan suami yang ketika itu merupakan kawan rapat saya bertekad untuk membuka butik maya bagi memenuhi keperluan pasaran di sini. 

"Kami langsung tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fesyen mahupun perniagaan," ujar Vivy gemar fesyen daripada pereka tempatan. 

Tidak hanya tertumpu kepada pasaran di Semenanjung Malaysia, Vivy berkata kini pelanggan mereka datang dari Indonesia, Brunei, Australia dan United Kingdom.

Bercerita lebih lanjut mengenai konsep fesyen yang diketengahkan di FV, Vivy berkata mereka sentiasa ingin memberikan sesuatu yang istimewa dan terbaik pelanggannya.

Koleksi Nurita Harith.

Terbaru FV sudahpun mengeluarkan koleksi yang sesuai untuk dipakai pada hari lebaran nanti. Antaranya ialah koleksi baju kurung yang merupakan rekaan eksklusif, Nurita Harith. 

Bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang menarik boleh mencuba koleksi pakaian yang dihasilkan oleh pelakon Nora Danish bersama dengan FV. Koleksi ini akan mula dipasarkan pada bulan Jun nanti. 

Koleksi PU3.

Tidak hanya menumpukan kepada koleksi musim perayaan, Vivy berkata FV turut menghasilkan siri fesyen Designers <3 FV' Koleksi terhad ini dihasilkan dengan kerjasama daripada pereka fesyen untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada  pelanggannya. Antaranya ialah FV Basics, Mimpikita, Innai Red, Kiss& Tell, PU3 dan FV for Downy.

downy
FV for Downy.

"Bagi koleksi pakaian kami menjualnya bermula dari RM170 dan RM195 ke atas.Saya akui harga tersebut agak mahal namun kami memegang prinsip ingin memberikan produk yang berkualiti kepada pelanggan. Kami juga mempunyai pasukan khas  yang menjaga kualiti produk. 


"FV juga mempunyai polisi pemulangan produk selama 30 hari. Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan  kualiti produk atau saiz item yang dibeli, mereka boleh memulangkan semula item berkenaan kepada kami dan ia akan digantikan dengan produk pilihan mereka," katanya.

Bagi menjaga kualiti produk keluaran FV, Vivy berkata terdapat empat ciri penting yang sangat dititik beratkannya iaitu harga, konsisten, kualiti serta rekod prestasi seorang pereka fesyen namun pada masa yang sama beliau berkata mereka sentiasa menyokong pereka fesyen baru yang baru hendak mencipta nama dalam industri fesyen tempatan. 

Tidak hanya tertumpu kepada pasaran di Semenanjung Malaysia, Vivy berkata kini pelanggan mereka datang dari Indonesia, Brunei, Australia dan United Kingdom.

"Oleh kerana wanita merupakan pelanggan utama FV, maka kami turut memperkenalkan FV Kids dan Maternity. Permintaan yang diterima sangat mengagumkan kerana kebanyakan wanita suka membeli belah atas talian," katanya. 

Mereka yang berminat boleh melayari www.fashionvalet.com

pertandingan kapsyen

Untuk berpeluang menangi baucar bernilai RM500 tajaan Fashion Valet, pembaca mStar Online boleh menyertai Peraduan Fesyen & Kapsyen Facebook mStar yang akan diadakan pada 21 April hingga 4 Mei 2014.

Anda hanya perlu menghantar kapsyen yang kreatif dan  kongsikan penyertaan anda di Facebook untuk meraih undi.

Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh melayari www.facebook.com/mstardotcomdotmy


Fashion Valet, Vivy Yusof

Artikel Lain