Tangan Siapakah Yang Menghulurkan Spanar Itu?

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

ORANG tua-tua kata, banyak ketawa jadi pelupa. Betul? Betullah tu.

Kami - lapan orang ditugaskan di syif malam. Kebetulan waktu itu hanya ada dua buah kapal terbang di dalam hangar. Tugas kami malam itu mudah, iaitu pemeriksaan biasa dan sedikit pembaikian di dalam tangki minyak.

Persiapan telah dibuat seawal pagi oleh syif pagi. Jadi, malam itu apabila datang kami boleh terus melaksanakan tugas yang sepatutnya.

Dan bekerja malam bukan mudah. Mengantuk dan lapar silih berganti mengusik kami lapan orang. Menguap jangan ceritalah, acapkali sehingga tidak terkira.

Semua peralatan dan alat ganti telah kami persiapkan. Menjelang tengah malam baru dapat mulakan tugas.

Disebabkan tugasan itu jatuh pada kapal terbang A320, tangki minyaknya kecil untuk dimasuki dua orang. Oleh itu hanya seorang sahaja yang akan melakukannya.

Tugasan aku agak mudah. Memastikan semua bekalan eletrik tidak disambung kepada badan pesawat. Selebihnya hanya menunggu jika ada apa-apa bantuan yang mereka perlukan berkenaan eletrik.

Rizman mula memasuki tangki minyak, sementara tujuh lagi termasuk aku lagi berada di luar memberi bantuan seperti menghulurkan peralatan dan selebihnya hanya berborak.

Aku kemudian meninggalkan mereka dan masuk ke Bilik Perancangan membuat sedikit kertas kerja dan menyemak e-mel.

Lama juga aku rasa aku berada di bilik tersebut. Kemudian aku keluar dan melihat tidak ada seorang pun di bawah kapal terbang tadi.

Aku memutuskan untuk keluar menuju ke tempat hisap rokok. Fikirku, pasti mereka semua di sana. Tanpa aku sedari, Rizman keseorangan di dalam tangki minyak.

Dari tadi yang riuh rendah mula menjadi sunyi. Rizman yang berbaring di dalam tangki minyak melakukan tugas mula merasa kelainan.

Tetapi ditepisnya semua anggapan bukan-bukan. Walaupun dia pelik kenapa tidak seriuh tadi tetapi niat mahu menyiapkan tugasan begitu tebal.

“Spanar!” jerit Rizman meminta peralatan dari yang di bawah.

Perlahan satu tangan halus menghulurkan spanar kepada Rizman.

Tugas disambung semula setelah menerima spanar tadi.

“Cutter!” jerit Rizman lagi.

Sekali lagi tangan halus tadi perlahan menghulurkan cutter kepada Rizman.

“Cutter besar! Taknak cutter ni!” jerit Rizman.

Senyap.

Lama Rizman menunggu.

“Oi! Cutter besar!” jerit Rizman.

Senyap. Tiada yang menyahut malah menghulur peralatan yang diminta.

Aku tiba di tempat hisap rokok dalam riuh rendah ketawa mereka bercerita. Aku memerhati mereka seorang demi seorang.

“Err… lama dah ke kau orang kat sini?” tanya aku.

“Lama tak lamalah. Kenapa?” jawab Sudin.

“Rizman mana?” tegur aku setelah melihat dia tiada di situ.

“Oi! Man kat dalam tangki minyak!” jerit Sudin.

Baru kami semua tersedar yang Rizman telah ditinggalkan di dalam tangki minyak tanpa memberitahu kami mahu rehat.

Masing-masing bangun dan ingin masuk kembali ke hangar. Yalah, takut juga kalau jadi apa-apa. Kes naya dibuatnya.

Baru sahaja kami mahu melangkah, kelihatan satu kelibat menuju ke arah kami.

“Oi lahanat! Pergi rehat tak bagitau aku!” jerit Rizman.

Masing-masing memohon maaf sebab terlupa. Macam mana mereka boleh terlupa pun aku tidak tahu.

“Kalau kau orang semua kat sini? Dah siapa yang bagi peralatan kat aku tadi?!” tanya Rizman.

Apa kau cakap ni Man?” tanya aku.

Dan Rizman bercerita apa yang telah berlaku sebentar tadi. Cerita yang memang menaikkan bulu tengkuk. Lebih-lebih lagi waktu sudah hampir pukul tiga pagi.

Sejak hari itu, kami berazam, tidak akan tinggalkan sesiapa yang berada di dalam tangki minyak.

Siapa yang menghulurkan peralatan kepada Rizman? Ia kekal misteri sehingga hari ini. Yang lagi misteri tahu pulak dia peralatan apa yang di minta. Haish!

Tags / Kata Kunci: spanar , hangar

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan