Awek Pinoy Dan Sayunya Mendengar Malayo

Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 9:20 AM

(Ubah saiz teks)

SEBELUM aku datang ke Doha, seseorang pernah cerita kepada aku sewaktu dia di Dubai dulu, ada beberapa kes orang kita tersangkut dengan perempuan warga Filipina.

Kata dia orang Filipina itu boleh tahan juga cantiknya. Sedikit sebanyak aku 'terbeli' dengan cerita itu. Maklumlah di Malaysia aku pun sesekali tertengok juga drama-drama disiarkan stesen televisyen kita.

Memang boleh tahan.

Selepas beberapa minggu aku tiba di Doha dan mula bekerja, nampaknya mereka tidaklah secantik mana. Biasa-biasa sahaja.

Tapi itulah, aku di Doha sedangkan kawan aku itu di Dubai. Maka mungkin dia betul - di Dubai sahaja yang ada cantik-cantik.

Baik. Bukan itu yang aku nak ceritakan kali ini. Aku nak ceritakan mengenai bahasa sebenarnya. Antara Tagalog (bahasa Filipina) dan bahasa Melayu.

Warga Filipina - atau ringkasnya dipanggil Pinoy - merupakan bangsa kedua terbesar yang ada di Doha. Besarnya jumlah mereka sehinggakan kadang-kadang kami sering disangka sebagai Pinoy juga.

Jika kami - maksudnya aku dan kawan-kawan dari Malaysia - pergi ke mana-mana, akan selalu dengar orang ramai terutama pemandu teksi memanggil kami 'parey', yang bermaksud kawan.

Memang tidak dinafikan, raut wajah kita seiras. Malahan kadang-kadang kami sendiri pernah tersalah anggap beberapa orang Malaysia itu Pinoy dan beberapa orang Pinoy itu Malaysia.

Apabila ditegur, baru tahu kami salah.

Orang Pinoy ini sepanjang pemerhatian aku, jenis periang. Suka gelak ketawa dan becok apabila bercakap. Di tempat kerja aku yang sebesar alam ini, tidak ramai perempuan Pinoy.

Ada beberapa orang saja. Kebanyakan perempuan Pinoy bekerja di pasar raya atau restoran.

Aku pernah berbual dengan seorang lelaki Pinoy. Kerana ada satu perkara yang menjadi tanda tanya pada aku, maka aku tanyakan hal itu kepada dia.

Aku tanyakan, mengapa warga Amerika suka kahwin dengan perempuan Pinoy? Dan yang menjadi kejutan ialah, hampir semua pasangan yang mereka kahwini sangat tidak cantik.

“Orang Amerika memang pelik.

“Kebanyakan perempuan Pinoy yang cantik ada di Manila. Yang mereka kahwin itu semuanya datang dari bahagian pedalaman. Memang mereka tak cantik, tapi pada orang Amerika, ia dianggap eksotik. Lagi tak cantik lagi eksotik!” kata dia.

Aku tidak tahulah sejauh kebenarannya. Pertama kali aku dengar begitu. Selepas lama berbual dengan mereka, baru terasa akan suasana persaudaraan. Terutama apabila bercerita tentang sejarah negara masing-masing.

Perkataan pertama persamaan bahasa Tagalog dengan bahasa Melayu yang aku dengar ialah “tanggal”. Lalu aku tanyakan selanjut apakah maksudnya? Wah! Ia membawa maksud yang sama dalam bahasa Melayu.

Lanjutan dari situ, panjang kami berbual tentang bahasa. Dan untuk aku yang pertama kali ini, memang terasa aneh. Aneh bercampur teruja dan seronok.

“Kau tahu Freddie Aguilar? Yang nyanyi lagu tajuk Anak?” tanya Wayne. Nama panjang dia ialah John Wayne. Aku syak bapa dia suka cerita koboi, itu yang dia namakan mamat ini seperti itu.

“Pernah! Aku pernah dengar!” kata aku penuh teruja.

“Ha. Itu Anak maksudnya sama ke dengan bahasa kau?

“Ya, ya... sama!”

Kami gelak. Walaupun tidaklah kelakar mana.

“Ini apa?" tunjuk aku pada lutut.

“Tuhod!” kata Wayne.

“Oh ini lutut,” kata aku.

“Ini?” tunjuk aku pada siku.

“Siko.”

“Ah! Sama!” kami gelak lagi.

Kemudian, timbul ide nakal. Aku memegang bahu Wayne dan aku membuat muka serius.

“Ok. What is fire called in Tagalog?” tanya aku.

“Apoi!” jawab Wayne. “Same?”

“Oh no.” Aku tidak terus menjawab. Aku memandang dia dengan muka serius.

“In my language, if fire, we called fire briggade!”



Dan pecahlah gelak ketawa kami memenuhi ruang hangar yang besar itu.
 
Perbualan kami berlanjutan dari hari ke hari, banyak perkataan yang sama antara Tagalog dan bahasa Melayu seperti bukas (buka), embun,  mura (murah), belas (beras) dan lain-lain. Tetapi ada satu perkataan yang mengundang rasa sayu.

Malayo. Ia membawa maksud jauh. Apabila mereka menuturkan perkatan ini ia memang berbunyi Melayu. Dan kebetulan pula maksudnya jauh. 

Adakah ia pernah satu masa dahulu merujuk kepada kita yang telah jauh terpisah dari mereka?

Aku ingin benar berbual dengan mereka mengenai perkatan Malayo ini tapi belum berkesempatan. Dapat nanti, bolehlah aku kupas dan ulaskan. Insya-Allah.

Tags / Kata Kunci: Pinoy , Qatar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan