Jadi Penyokong Emir Qatar Tanpa Sedar

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH 15 hari bercuti, tiba saat untuk aku kembali ke Doha.

Tentulah perasaan tidak enak seperti mula-mula meninggalkan keluarga tercinta tiga tahun dulu kembali menebal. Ditambah pula suasana sambutan hari raya masih terasa.

Malangnya, hajat untuk mengunjungi rakan dan taulan tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.

Di KLIA, terjumpa beberapa rakan sekerja. Masing-masing meluahkan rasa sebal kerana terpaksa pulang ke Doha. Ada yang berkira-kira mahu menyambung cuti dan ada yang nakal menyatakan hasrat tidak mahu pulang sama sekali.

Tapi itu hanya cakap-cakap insan yang merantau di negara orang. Betullah kata peribahasa, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik juga di negara sendiri.

Setiba di Doha, aku perasan keadaan agak lenggang. Tidak ramai yang menuju ke kawasan ketibaan lapangan terbang. Dan yang menuju ke kawasan transit juga tidak ramai seperti selalu.

Orang yang beratur di kaunter imigresen juga tidak sesesak selalu. Aku tidak terkejut dengan suasana itu memandangkan sekatan ke atas Qatar masih berjalan.

Aku tiba di Doha kira-kira pukul 10.45 malam bersama dengan Daen, Harith dan beberapa rakan yang lain. Aku, Daen dan Harith tiba di rumah hampir pukul 12 malam.

Lima belas hari bercuti membuatkan kami lupa akan cuaca panas di Doha. Berpeluh juga apabila tiba di rumah.

Pagi keesokan harinya, di dalam kereta, Tana membelek-belek telefon pintarnya, seaakan ada masalah.

“Bang, saya punya rangkaian telekom ni namanya sudah tukar jadi Tamim Al-Majid,” kata Tana seraya menunjukkan telefon pintarnya.

“Wah. Ini sudah pelik. Sepatutnya Ooredoo kan?” kata aku. Tak tunggu lama aku mengambil telefon pintar aku dan memeriksa.

“Aku punya masih Ooredoo, Tana,” kata aku.

Tana melihat paparan skrin telefon aku dan hanya mengangguk.

“Tak ada apa-apalah tu,” kata aku cuba membuang gusarnya.

Kereta meluncur sederhana keluar dari kawasan perumahan, menuju ke jalan besar. Saat masuk sahaja ke jalan besar, aku terperanjat.

“Eh? Sejak bila gambar Ooredoo sudah tukar ke gambar orang?” tegur aku.

Di bawah gambar berkenan, terdapat tulisan Arab yang tidak sukar di baca. Tamim Al-Majid.

“Oh, ini sudah seminggu juga bang,” kata Tana.

“Apa kes letak gambar anak Emir Qatar ni?” tanya aku.

“Aku ingat pasal kempen sokong Qatar bang. Bukan bangunan sahaja, di kereta pun ada banyak pelekat yang serupa. Ada yang besar dan ada yang kecil,” cerita Tana.

“Hari tu pergi basuh kereta, dia orang nak letak pelekat tu yang saiznya separuh dari cermin hadapan. Ha ha ha,” Tana ketawa sambil bercerita.

Di tempat kerja, aku masih teringat imej gambar anak Emir tadi. Lalu aku tanyakan pada beberapa rakan sekerja. Apa yang mereka ceritakan samalah seperti yang telah Tana ceritakan pagi tadi.

“Kereta aku pun ada pelekat tu,” kata Junaid, pemuda dari Pakistan.

 “Wah! Sanggup kau beli ya?” tegur aku.

“Eh, bukanlah. Aku masa tu hantar kereta untuk dibasuh. Selesai sahaja kereta aku di basuh tengok-tengok dah ada pelekat. Ha ha ha,” cerita Junaid.

Riuh-rendah juga cerita mengenai kempen sokong Qatar ini. Tidak hairanlah perkara ini berlaku, memandangkan kata-kata fitnah yang dilontarkan oleh pihak UAE dalam akhbar mereka.

Mereka mengata dan menularkan bahawa Qatar telah mewujudkan sekatan terhadap rakyatnya dan semua pekerja asing, hingga kami semua tidak dibenarkan keluar dari Qatar.

Berita-berita sebegini begitu rancak menghujani Qatar. Maka, tidak hairanlah ramai yang mendapat maklumat palsu. Nasihat aku kepada pembaca amatilah berita-berita yang terhidang sebaik mungkin. Tidak semua menyampaikan perkara yang benar.

Terdapat banyak kaca dan paku berbanding inti yang benar-benar dapat memberi kepuasan kepada ketagihan informasi. Aku sebaik mungkin akan memaklumkan dari semasa ke semasa keadaan kami di sini.

Insya-Allah. Marilah sama-sama kita menyokong Qatar!

Tags / Kata Kunci: Emir Qatar , Tana

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan