Ujian berpuasa - Cuaca Panas, Hati Pun Panas

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

SEWAKTU kalian membaca ini, Ramadan sudah memasuki hari yang kelima. Cuaca di Doha ini semakin terik dengan suhu 43 darjah Celsius. Dan mungkin akan meningkat dari sehari ke sehari.

Waktu sahur kebanyakan kami di Doha sekitar jam satu hingga tiga pagi, bergantung kepada keadaan kau hari itu. Tetapi waktu imsak adalah pada jam 3.18 pagi.

Jika waktu hari bekerja aku selalunya bangun sekitar jam 1.50 pagi untuk memanaskan lauk. Jika hari itu kau perlu memasak untuk sahur maka paling lewat kau perlu bangun adalah jam 1.30 pagi.

Waktu berbuka pula ialah jam 6.18 petang. Jadi keseluruhan masa berpuasa adalah 15 jam. 15 jam berpuasa dalam keadaan terik mentari yang kasar memang sangat menduga.

Kebanyakan kami tidak ada masalah dengan lapar. Haus yang menjadi masalah. Keadaan cuaca di sini menuntut penghuninya sentiasa perlu meminum air bagi mengelakkan diri daripada terkena strok panas (heat stroke).

Oleh itu dengan tidak meminum waima setitis air selama 15 jam memang mendedahkan kau kepada risiko berkenaan terutama kepada sesiapa yang tidak menjaga keperluan air pada badan selepas berbuka dan bersahur.

Tiga hari sebelum berpuasa, aku dan Norman ke Souq Waqif. Untuk makluman kalian, Souq Waqif adalah satu daripada tempat yang wajib dilawati jika melawat Doha. Malahan Souq Waqif memang menjadi tumpuan pelancong sejak dulu.

Souq Waqif terkenal dengan dataran yang menjual pelbagai benda - daripada rempah-ratus, kekacang, cokelat, barang hiasan, cenderamata, emas, jam, minyak wangi, batu permata, madu, kurma, air zamzam, pakaian dan haiwan peliharaan.

Selain itu ia juga adalah rumah bagi pelbagai jenis restoran dari pelbagai negara. Dan kebanyakan restoran juga menyediakan shisha bagi peminat shisha.

Souq Waqif setakat ini berjaya mengekalkan aura keaslian Qatar yang membentang dari ruang legar, reka bentuk bangunan dan budaya yang terlihat pada pengunjung di kalangan Qatari sendiri.

Kadang-kadang jika kau bernasib baik, Souq Waqif mempersembahkan tarian dan nyanyian oleh penduduk aslinya.

Tujuan aku dan Norman ke Souq Waqif tidak lain, mahu membeli kurma. Norman menerima pesanan daripada bapanya sementara aku mahu membeli untuk isteri, mak ayah dan keluarga mentua. Apalah berbuka tanpa kurma, bukan?


Harga sepaket kurma bergantung kepada kedai yang menjual. Dan setiap kedai menjual dengan harga yang berbeza antara satu sama lain.

Kali ini, aku menuruti Norman ke kedai pilihannya. Katanya murah berbanding kedai lain. Alhamdulillah, memang agak murah jugalah.

Sekilogram kurma Ajwa dijual dengan harga 50 riyal. Ada kedai yang menjual sehingga 100 riyal sekiloKebanyakan pengunjung Souq Waqif, selain membeli kekacang mereka banyak mencari abaya. Abaya ialah salah satu pakaian tradisi bagi wanita di Timur Tengah.

Bergantung kau dimana, selain abaya iauga dikenali sebagai daffa atau swaeiyTetapi aku tidak syorkan kau membeli abaya di Souq Waqif kerana harganya agak mahal. Terdapat satu lagi souq di Doha, Souq Philipine. Terletak di seberang jalan dari Souq Waqif. Di situ harganya lebih murah dan berpatutan.

Sedar tak sedar, Ramadan tiba jua. Sahur pertama hanya ada aku dan Daen. Harith tiada sebab dia pulang ke Malaysia. Melepek sajalah kami di rumah sepanjang hari. Nak keluar, panas ya amat.

Sepanjang hari berbincang menu apa untuk berbuka, tetapi seorang pun tidak sanggup keluar mengharung haba panas yang membara. Sudahnya, telefon sahaja restoran berdekatan dan tunggu mereka hantar makanan untuk berbuka.

Teringin pula hendak menjamah nasi goreng. Yang sedap dan murah hanya ada satu, di restoran Nepal. Nepal pun Nepallah. Aku angkat telefon dan membuat pesanan kemudiannya.

Kira-kira 45 minit kemudian, telefon aku berbunyi.


"Hello?” tanya aku.

“Restoran Gurkha sini,” jawab seorang pemuda di hujung talian. 

“Saya sudah sampai.”

“Ok, naik atas,” arah aku.

“Tingkat berapa?” tanya dia.

“Seventh floor,”

“Second floor?”

“No, no. Seventh Floor,” betul aku.

“Second floor? Ok aku datang sekarang.”

“No!!! Seventh floor!” jerit aku.

“Ya ya, second floor. Saya naik sekarang!” jerit dia.

Aduhai, ujian apakah ini?

Tags / Kata Kunci: Souq Waqif , Qatari

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan