Senandung Teksi Betul, Teksi Sapu Di Perantauan

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENDERAAN merupakan sesuatu yang wajib ada buat setiap penduduk Bumi pada hari ini. Bagaimana kenderaan berevolusi daripada menggunakan haiwan sehingga ciptaan mesin menunjukkan betapa kita sangat bergantung kepada kemudahan yang satu ini.

Hari semakin hari, teknologi berkembang pesat. Pelbagai ciptaan baru muncul.

Jika dulu, kita harus bersusah payah menukar gear setiap kali ingin membelok atau mahu memotong, kini sudah ada gear automatik. Tekan saja pedal minyak, tak perlu runsing bila mahu menukar gear.

Jika dulu kita menegang leher ketika hendak parkir bontot atau tepi, kini sudah ada kereta yang mampu parkir sendiri. Hebat.

Dan khabarnya, sudah ada teknologi yang tidak memerlukan manusia memandu. Kereta tersebut berkeupayaan bergerak sendiri. Hanya masukkan input mengenai destinasi anda dan bersandarlah. Anda akan tiba ke destinasi tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, perkhidmatan awam tetap akan ada, tidak kira sepantas mana teknologi berevolusi. Cuma kesannya saja berbeza di setiap sektor.

Di mana-mana negara, kecekapan perkhidmatan awam satu daripada faktor yang selalu menerima kritikan atau pujian orang. 

Di Doha ini, teksi merupakan perkhidmatan awam yang memonopoli pasaran. Bas ada, tapi aku jarang-jarang nampak. Mungkin juga sebab aku jarang-jarang keluar rumah.



Sementara itu, sistem komuter atau MRT sedang giat dalam pembinaan. Sasarannya, ia beroperasi menjelang kejohanan Piala Dunia nanti.

Kebanyakan pekerja - ya, seperti yang kau agak - mereka berkenderaan sendiri ke tempat kerja. Sementelah, harga kereta pun murah. Berganda-ganda murahnya berbanding di Malaysia.

Kadang-kadang aku pelik, kenapa kereta boleh semurah itu di sini? Dan kenapa kita pula menghadapi harga yang semahal itu di Malaysia? Memang pelik. 

Tapi ini bukan cerita yang nak aku ceritakan kali ini. Aku nak cerita mengenai teksi sapu.

Disebabkan adanya kecacatan pada sistem pengangkutan awam, maka wujudlah teksi sapu. Dengan harga yang agak murah berbanding teksi, kewujudan teksi sapu masih kekal sehingga hari ini.

Dan bagi mereka yang seperti kau - tidak mempunyai kenderaan sendiri - teksi sapu adalah alternatif terbaik.

Tetapi awas! Jika ditangkap ketika menaiki teksi sapu, kau boleh didenda ribu-ribu riyal. Silap-silap hari bulan, pemandu teksi tersebut akan dihantar pulang ke negara asal.

Adakah perkhidmatan teksi sapu lebih menyenangkan? Tidak juga. Ikut situasi dan tempat. Jika aku bersendirian, aku memilih teksi walaupun terpaksa membayar mahal. Ia kerana faktor keselamatan.

Harga tambang teksi di sini telah ditetapkan bermula dengan 10 riyal. Jika pemandu teksi tersebut membawa kau ke destinasi yang berharga kurang daripada 10 riyal, kau tetap kena bayar 10 riyal. Jika lebih 10 riyal tambangnya, maka kau bayarlah mengikut harga yang terpapar pada meter.

Tetapi ada waktunya, pemandu teksi tidak akan menghidupkan meter. Selalunya ia berlaku pada waktu malam. Jika kau tidak meminta mereka menghidupkannya, maka bersedialah untuk berunding harga.

Perkara ini terjadi disebabkan kos sewa harian mereka sudah dicapai. Justeru, tambang yang mereka terima ketika tidak menghidupkan meter tambang adalah pendapatan harian mereka.

Aku tidaklah berkira sangat, tetapi kadang-kadang ada juga pemandu teksi yang meletakkan tambang melampau, walhal kita tahu anggarannya lebih kurang.

Waktu itu aku kira baru minggu pertama di perantauan. Cuaca panas kering menjadi dugaan terbesar sepanjang berada di sini. Alhamdulillah, perancangan membuat cermin mata baru yang dilengkapi dengan fungsi transition sangat membantu.

Sepanjang tempoh ini, teksi adalah pengangkutan utama yang terpaksa digunakan bagi tujuan ulang-alik dari penginapan syarikat ke tempat kerja. Jarak perjalanan tidaklah jauh. Jika diikut perkiraan meter, caj tambang tidak sampai 7 riyal pun.

Tetapi undang-undang di sini telah mensyaratkan bayaran minumum ialah 10 riyal. Pergi kerja 10 riyal, balik kerja 10 riyal. Mujur berkongsi dengan dua lagi pekerja. Jimatlah sedikit.

Hari itu seperti biasa ketika balik dari kerja, kami bertiga menahan sebuah teksi untuk pulang. Pemandu teksi tersebut - dari roman mukanya - aku kira mungkin bangsa Tunisia.

"Matar Qadeem?" tanya aku sejurus pintu dibuka.

"30 riyal!" jawab pemandu tersebut.



Aku menyumpah seranah pemandu tersebut, tetapi tidaklah didengarinya kerana aku cuma berkata begitu di dalam hati. 

Aku cuba berunding baik-baik dengan pemandu itu untuk dapatkan harga yang sepatutnya, iaitu 10 riyal. Pemandu tersebut tetap dengan pendiriannya. Cuaca yang panas semakin menggigit-gigit kesabaran.

Dan akhirnya aku gagal. Gagal dalam berunding dan gagal menahan sabar. Hari itu, pemandu teksi tersebut berjaya menerima kejian daripada aku. Kali ini dia mendengar caci maki aku, sebab aku tidak lagi menyumpah dalam hati.

Cuma dia mungkin tidak begitu faham sebab aku menyumpahnya dengan berbahasa Melayu.

Selepas menutup pintu kereta, teksi tersebut bergerak perlahan-lahan ke depan dan kemudian berhenti. Aku melihat seorang perempuan membuka pintu dan masuk ke teksi tersebut.

Oh! Patutlah dia mahu caj sapai 30 riyal. Ada agenda lain rupanya!

Tetapi teksi sapu kadang tidak murah juga. Malah kadang-kadang melampau juga. Tetapi macam aku ceritakan tadi - ikut tempat dan situasi. Kau kena pandai pilih antara teksi sapu dan teksi biasa.

Hari itu, aku, Anifi, Harith dan Amin keluar berjalan-jalan ke Villagio - sebuah pusat beli-belah yang agak terkenal di Doha. 

Setelah seharian 'membeli-belah' dengan mata, tiba masa untuk kami pulang.

Agak lama juga menunggu menunggu kedatangan teksi. Tetapi entah kenapa, kehadiran teksi tidak memberangsangkan langsung.

Sementara menunggu itu, beberapa pemandu teksi sapu datang dan pergi menawarkan perkhidmatan mereka.

“Berapa?” tanya aku.

“35 riyal.”

Itu harga yang mereka tawarkan. Memandangkan tadi datang kami tidak membayar harga sebanyak itu, maka semua tawaran teksi sapu kami tolak.

Setelah 45 minit menunggu akhirnya dapat juga kami naik teksi untuk pulang. Sambil-sambil dalam perjalanan itu kami mengutuk teksi sapu yang meminta bayaran sebanyak 35 riyal tadi dan disudahi dengan gelak ketawa kami. Kutuk orang memang seronok bukan?

“Berapa?” tanya aku sebaik sahja teksi berhenti di hadapan bangunan kami.

“35 riyal,” sebut pemandu teksi sambil tersegih-sengih.

Kami terdiam. Entah macam mana kami boleh terlupa untuk memastikan dia menghidupkan meter tadi!

Tags / Kata Kunci: Matar Qadeem , Doha

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan