Nak Menangis Dikata Terlalu Sarat Pengalaman

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 10:31 AM

(Ubah saiz teks)

KADANG-KADANG tidak elok mengenangkan perkara yang telah lalu. Kehidupan terlalu indah dan bermakna untuk duduk dan mengenang perkara lalu yang menyakitkan hati. Tetapi, sekali-sekala ia perlu bagi membangkitkan semangat atau menjadi pengajaran buat orang lain.

Oktober 2013 adalah bulan penentu dalam hidup aku waktu itu. Di bulan itu, aku perlu membuat keputusan yang besar. Samaada terus duduk di dalam syarikat yang makin mengecewakan atau keluar sepenuhnya. Satu keputusan yang amat berat.

Aku mahu ceritakan sesuatu sebelum itu. Pada tahun 2005, aku dibuang kerja dengan alasan yang tidak munasabah. Tahun itu adalah tahun kejatuhan aku.

Selepas aku dibuang kerja, aku tidak duduk diam. Aku berusaha untuk menuntut keadilan.

Alhamdulillah berkat pertolongan dan nasihat beberapa kawan yang berpangkat besar aku akhirnya berjaya mendapat sedikit imbuhan dari peristiwa itu. Imbuhan yang mampu menaikkan semula kedudukan aku.

Sejak dari itu, aku mula sedar akan kewujudan kekuatan undang-undang buruh dan betapa ia mampu melindungi pekerja sepenuhnya. Sejak hari itu aku tidak pernah gentar kepada pihak pengurusan.

Dan disebabkan itu, di syarikat MRO itu, keberanian aku menyuarakan pendapat pada sebarang ketidak adilan dianggap sebagai pengkhianatan.

Ia Bermula dengan penentangan aku tentang faedah upah kerja lebih masa yang tidak masuk akal. Sejak daripada itu, aku dilabel sebagai kaki lawan.

Dan kerana itu juga aku kurang dapat menikmati setiap kenaikan dan bonus seperti pekerja lain. Setiap KPI aku akan dipantau.

Pada tahun 2012, aku didatangi oleh ketua pengurus yang meminta aku membina dan mengoperasikan tiga bengkel, Avionics, batteri dan EPSU bateri.

Disebabkan aku memang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang itu, aku sahut cabaran itu dengan riang tetapi bersyarat. Aku meminta gaji aku dinaikkan selayaknya. Dan Alhamdulillah permintaan aku itu ditunaikan.



Kau orang pernah dengar lagu Gerimis Mengundang dari kumpulan Slam? Pernah? Sedapkan lagu itu?

Kusangkakan, panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang…

Begitulah yang terjadi kepada aku. Aku sangka dengan peluang ini aku mmapu membuka mata syarikat yang aku bukanlah seteruk yang mereka sangka. Aku berazam mahu buat yang terbaik kali ini.Aku datang kerja untuk kerja. Bukan mahu politik seperti kebanyakan pengurus yang ada.

“Bang Iqbal!” tegur satu suara sewaktu aku melewati kafe mahu menuju ke loker. Aku menoleh. Terlihat susuk tubuh seorang pemuda yang bekerja bahagian pengurusan mendatangi aku.

Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dan kami berjalan beriringan kemudiannya.

“Ada apa?” tanya aku.

“Bang, saya nak beritahu satu perkara. Tapi abang jangan marah. Abang bersabar sajalah ya?” pinta dia.

“Apa dia?”

“Benda ni dah lama. Tapi hari ni saya dah tak tahan. Saya sangat marah hari ini. Abang kena tahu perkara ini sebab saya bengang gila!”

Aku diam. Aku biarkan dia luahkan dulu sepenuhnya. Walau dalam hati aku berdebar-debar memikirkan apa yang cuba dia sampaikan.

“Abang tahu tak, si pengurus tu, dia tiap-tiap pagi datang pejabat kami cakap-cakap buruk pasal abang pada CEO? Saya tak tahan sangat dah nak dengar. Saya harap abang bersabarlah ya?” cerita dia.

Aku diam. Aku senyum kemudiannya dan menepuk bahu dia.

“Terima kasih beritahu aku. Aku memang ada perasan beberapa perkara yang pelik pasal pengurus tu. Tapi, takpelah. Biarkanlah diam. Bukan boleh pergi mana pun.”

Sejak dari itu, baru jelas. Rupanya betul-betullah cakap orang keliling. Ada hati yang gentar dengan kewujudan aku di bahagian bengkel. Tapi sayang, aku bukan kejar pangkat. Kalau pengurus itu mahukan pangkat, ambillah. Aku tak kisah.

Macam aku kata tadi, aku datang kerja nak kerja. Bukan nak politik. Bab pangkat aku tak kisah. Tak dapat pun tak apa-apa. Tapi kenaikan dan bonus tu aku naklah.

Setahun aku cuba bersabar, tapi 2013 adalah tanda aras kesabaran aku telah mencapai tahap maksima. Aku perlu keluar dari sini. Itu kerana, kenaikan gaji aku tahun itu paling rendah aku terima dan aku dengar cadangan dalam KPI aku juga dipotong.

Dan bermulalah pencarian aku. Memang bukan pilihan pertama aku datang ke Doha. Bukan. Mana sanggup bang nak tinggal anak bini. Lagi-lagi pula bila isteri memaklumkan aku dia mengandung anak ketiga.

Keriangan mendapat berita itu merancakkan lagi pergerakkan aku dalam mencari kerja. Demi penambahan ahli keluarga, aku perlu keluar untuk menaikkan taraf ekonomi isi rumah aku.

Kebetulan, di Shah Alam sebuah syarikat dari Switzerland membuka bengkel Avionics. Aku mencuba nasib di situ. Resume aku tulis sebaik dan sekemasnya. Dan aku emel kepada mereka.

Seminggu berlalu tanpa sebarang khabar. Waktu itu, berita adanya peluang kerja di Doha mula berlegar-legar sekitar kami. Aku tak tunggu. Aku cuba juga itu pun setelah aku menerima nasihat dari sahabat baik aku Zulhilmi.

Masuk minggu kedua, aku masih belum menerima sebarang jawapan dari syarikat Switzerland tadi. Aku bosan, aku menelefon mereka dan bertanya pasal permohonan aku.

Dan jawapan yang kau terima membuatkan aku tidak tahu mahu ketawa atau menangis, mahu merasa bangga atau kecewa.

“Anda mempunyai pengalaman yang banyak sehingga kami takut hendak mengambil anda.”

Itu jawapan mereka. Tepuk dahi aku. Sekali lagi lagu Slam tadi berkumandang. Aku sangkakan dengan latar belakang aku begitu, aku mampu membantu mereka. Sementelah, aku memang kenal beberapa vendor menjual peralatan dan perkakas  yang mampu memberi harga yang murah dari pasaran.

Kau tahu? Kau kena percaya pada satu perkara ini, rezeki telah ditetapkan oleh Tuhan. Dalam kecewa aku anggap itu bukan rezeki aku. Bukan rezeki anak ketiga aku.



Dalam aku termanggu itu, Qatar Airways menghantar jemputan untuk ditemuduga. Dan Alhamdulillah, temuduga berjalan dengan lancar. Dan aku diterima menjadi salah seorang ahli keluarga mereka.

Ah, panjang pula coretan kali ini. Apa pun, nasihat aku pada kau orang, jika ada yang teraniya bangkitlah. Jangan berdiam diri. Kita bukan hamba. Kita manusia. Kita ada saluran yang mampu membela nasib pekerja. Dan jangan takut pada pihak pengurus jika kau tidak melakukan kesalahan.

Dan jika kau, yang membaca kisah ini adalah seorang yang diberi mandat memikul tanggungjawab tertentu dalam sesebuah syarikat atau organisasi, beringatlah kerana setiap ketidakadilan dan penganiyaan akan ada balasannya. Antara cepat atau lambat. 

Tags / Kata Kunci: MRO , Qatar Airways

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan