Pandai Korek Tak Pandai Kambus: Mari Kita Akhiri Fenomena Sub-Standard Ini

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PENULIS menarik nafas lega malah bersyukur dan ingin mengucapkan syabas serta setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengotakan janji-janjinya untuk membetulkan keadaan yang tidak betul yang selama ini telah menjadi satu fenomena bukan sahaja di ibu kota kita malah di seluruh negara.

Fenomena yang dimaksudkan itu ialah fenomena 'pandai korek tapi tak pandai kambus' - iaitu pandai mengorek jalan tetapi tidak pandai menurapnya kembali menjadi sempurna sepertimana asal.

Dalang paling utama yang mencetuskan fenomena 'pandai korek tak pandai kambus' ini ialah kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh syarikat utiliti untuk mengorek permukaan jalan dengan tujuan untuk melakukan kerja-kerja menanam kabel, membaiki paip pecah atau urusan-urusan yang berkaitan dengannya.

Ia dikatakan menjadi satu fenomena kerana jarang-jarang sekali kita semua iaitu pengguna jalan raya menemui satu situasai yang mana kita sangat-sangat berpuashati dengan kerja-kerja penurapan semula yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor jalanan ini.

Jika ada satu contoh kerja yang sempurna dan baik yang dapat diberikan, sila beritahu. Mungkin kita boleh siarkan di sini atau di dalam akhbar.

Hakikat bahawa DBKL sendiri mengumumkan yang mulai 15 Mac mereka akan mengambil alih tugas-tugas penurapan semula jalan-jalan yang dikorek oleh kontraktor syarikat-syarikat utiliti adalah bukti yang jelas dan nyata betapa selama ini tugasan yang diserahkan kepada pihak kedua atau ketiga tidak mencapai standard yang ditetapkan.

Mulai sekarang, tugas dan tanggungjawab itu akan dilakukan oleh kontraktor DBKL sendiri tetapi kosnya akan ditanggung oleh syarikat utiliti yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja mengorek jalan.

Menurut peraturan baru yang kini dikenakan oleh DBKL, syarikat utiliti yang memohon untuk melakukan kerja-kerja pengorekan akan dikenakan caj kos-kos penurapan balik, yuran pengurusan dan juga surcaj sebanyak 50% sebagai deposit.

Deposit ini hanya boleh ditebus setahun kemudian jika tiada masalah baru yang timbul dalam tempoh tersebut.

Jika dalam tempoh setahun itu, kawasan jalan yang dikorek berlaku kerosakan baru atau berlubang, deposit tersebut akan digunapakai untuk membaikinya semula.

Langkah ini adalah satu langkah yang betul dan tepat. Kenapa pengguna jalan raya yang terpaksa menanggung akibat daripada jalan berlubang dan compang camping ini sedangkan yang mengorek dan kemudian menurapnya dengan cincai adalah kontraktor-kontraktor.

Memang tepat pada masanya mereka harus dipertanggungjawabkan menanggung bebanan ini menerusi peraturan baru yang DBKL perkenalkan.

Cuma yang terkilannya kenapa begitu lama langkah 'pembetulan' ini hendak diambil. Kenapa baru sekarang ada rasa kesedaran untuk mengaku yang selama ini kerja-kerja penurapan yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor kita adalah sub-standard.

Kenapa baru sekarang hendak mengambil alih tanggungjawab tersebut setelah bertahun-tahun malah mungkin berpuluh tahun pembayar cukai jalan terpaksa menanggung bebanan ekstra membaiki kenderaan akibat jalan yang tidak rata atau sub-standard itu sehingga ia menjadi satu fenomena yang tak tertanggung lagi.

Tak apalah. Kata orang lebih baik sedar sekarang daripada tidak sedar langsung. Walaupun lambat, sekurang-kurangnya ada tindakan untuk membetulkannya sekarang.

Ini juga adalah satu pengajaran yang sangat berguna kepada para kontraktor. Jangan ingat jika mereka adalah kontraktor Kelas F, kerajaan mahu tidak mahu terpaksa menolong mereka kerana status Bumiputera yang mereka pegang.

Status Bumiputera adalah satu hal tetapi mutu kerja yang baik adalah satu hal yang lain. Kedua-duanya hendaklah berjalan seiring. Jika tidak sampai bila-bilalah hasil kerja kita kekal kerja kelas Dunia Ketiga.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan