Menuju Zaman Emas Kewartawanan

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

PENULIS rasa terpanggil untuk memberi pandangan setelah membaca akhbar The Star berhubung pendirian yang dihujahkan oleh rakan lama, Wong Chun Wai bahawa bidang media kini menuju trend penumpuan (convergence).

Beliau menyatakan demikian semasa mengetuai rombongan wartawan akhbar berkenaan ke bilik multimedia Kumpulan Media Nation (NMG) di Bangkok baru-baru ini.

Katanya, kumpulan media di negara jiran itu adalah contoh bagaimana sebuah akhbar yang bermula di akar umbi telah berjaya menepati perkembangan media terkini di zaman sekarang.

"Oleh kerana 80 peratus pendapatan kami diperolehi dari surat khabar, yang semakin menurun, kami lihat Internet TV sebagai langkah maju ke hadapan,” kata Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Media Star.

Beliau berpendapat, wartawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan kebolehan untuk menyampaikan berita dari pelbagai platform.

Sementara itu, June Wong, ketua operasi bagi perkembangan pengisian berkata, strategi yang digunakan The Star adalah mudah, iaitu menerokai lebih jauh daripada perusahaan cetakan.

Katanya, pihak syarikat percaya masa depannya terletak pada usaha digital berpusat yang menggabungkan laman sesawang dan video.

PERANAN MEDIA DIGITAL

Dari pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan The Star, penulis membuat kesimpulan bahawa bidang penyiaran kini berada di titik permulaan 'zaman emas' di mana media digital bakal memainkan peranan yang lebih penting daripada media cetak dan elektronik dalam menyebarkan maklumat dan berita.

Dijangka pada tahun-tahun yang mendatang, jenama-jenama global yang baru akan muncul  dari perkembangan digital yang sedang dirasai sekarang. Dan, pertubuhan-pertubuhan baharu itu bakal menyediakan jurusan kewartawanan yang lebih komprehensif, pantas, cekap dan lebih luas jangkauan beritanya.

Di masa kini, sumber berita diperolehi dari saluran-saluran lazim terdiri daripada surat khabar, majalah, radio dan televisyen serta media sosial seperti Facebook, Twitter, Google, YouTube, WikiLeaks dan ribuan laman digital dan blog.

Dengan Internet, setiap cerita dan maklumat boleh disimpan bagi tempoh lama dan boleh dilihat atau dibaca dari mana-mana sudut bumi pada bila masa saja. Semuanya dengan satu klik atau browsing.

Bandingkan tempoh 20 tahun lalu atau sebelumnya, bila berita dicetak pada kepingan kertas atau disiarkan melalui gelombang udara electronik. Pengguna bergantung kepada surat khabar dan majalah atau pun pada TV dan radio (pada waktu siaran yang tertentu) untuk mendapat berita.

Kemudian, kita memperolehi berita dan maklumat 24 jam melalui saluran satelit dengan kemunculan TV kabel CNN. Selepas itu kita dapat menggunakann Internet secara terhad di tempat-tempat yang punyai sambungan pada teknologi itu.

Kini, maklumat di cengkaman tangan. Kita berupaya menerima berita di mana saja dan pada bila-bila masa saja melalui pelbagai gajet  mobil, khususnya smartphone dan i-Pad. Tiada had masa dan ruang bagi setiap cerita, seperti di akhbar, TV dan radio.

Jika sesuatu berita itu hendak dipanjangkan atau diberi pandangan yang berlainan, pihak wartawan boleh “link” beritanya kepada halaman sesawang yang lain bagi pembaca mengikuti sudut cerita yang berbeza.

Tidak lagi wartawan bergantung hanya pada nukilan huruf atau foto biasa dalam menyampaikan cerita. Media digital membolehkan seseorang wartawan menyiarkan berita secara pakej atau mix-and-match; iaitu penulisan di sertai  gambar dan imej sekali gus dengan latar bunyian, muzik dan video.

PERUBAHAN DAN KERUGIAN

Ya, media digital juga boleh buat kesilapan dan tidak mungkin selalunya beri maklumat yang tepat, benar dan betul. Namun, di kalangan dua billion insan di serata dunia yang menggunakan Internet setiap hari, maklumat yang disiarkan boleh segera dicabar, dibahas, dinafikan dan dibetulkan.

Dan mereka yang menjadi sasaran kritikan boleh memberi maklumbalas secara spontan tanpa campur tangan “orang tengah” dalam hal peribadinya. 

Yang mungkin memusykilkan pihak berkuasa ialah cara digital itu bergerak bebas, tanpa “gatekeeper” dan syarat untuk menyekat maklumat dan perbualan yang memasuki ruang hidup kita.

Pihak berkuasa bimbang pengisian digital berupaya melanggarkan norma-norma keagamaan dan tatasusila masyarakat serta keselamatan negara, lantas mempengaruhi  ahli keluarga dan teman-teman sekerja untuk memberontak dan bertindak secara tidak senonoh.

Dalam hal ini, penulis menyerah kepada pihak-pihak berkenaan untuk menggubal dan menguatkuasakan garisan panduan yang sepatutnya. Sememangnya, perubahan tidak berlaku tanpa kerugian. Dan kerugian biasanya sangat perit dan mengganggu hidup seharian rakyat.

Organisasi digital yang mula beroperasi kira-kira sedekad dulu kini sudah hampir matang dan pertubuhan-pertubuhan media yang menyiarkan berita melalui media cetak dan electronik, setelah puluhan atau ratusan tahun beroperasi, kini sudah sampai ke penghujung transformasinya.

Bidang penyiaran tetap dalam keadaan OK, malah jurusan kewartawanan kini menuju ke peringkat keunggulan.

Anda masih bercita-cita nak jadi seorang wartawan? 

Jika ya, mulai berlatih dari sekarang. Anda mempunyai sepasang mata dan telinga serta hidung dan mulut. Cuma perlu alatan digital, martphone, blog serta beberapa akaun media sosial.

Bila anda dapat mebuktikan anda hebat mencungkil maklumat, berkongsi imej  dan menyampaikan cerita yang disukai ramai, anda sudah bersedia memasuki gelanggang penyiaran ini.

Mungkin benar, kita bakal melalui zaman emas dalam bidang kewartawanan.



Tags / Kata Kunci: The Star , Wong Chun Wai , Bangkok , wartawan , NMG

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan