Pendidikan Untuk Anak-Anak Kita

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

SAYA sangat terkejut apabila salah seorang sahabat saya memberitahu bahawa anak perempuannya mempelajari cerita dongeng Grimm Rumpelstiltskin untuk subjek SPM Kesusasteraan Bahasa Inggeris di sekolahnya.

Saya sangat terkejut. Pertama, penulis cerita tersebut berbangsa Jerman dan bukan Inggeris. Di samping itu, Rumpelstiltskin adalah cerita dongeng untuk kanak-kanak, bukannya untuk bacaan pelajar berusia 17 tahun dan sudah tentu ia bukanlah sesuatu yang bernilai dijadikan soalan dalam peperiksaan.

Sementara itu di negara British, subjek Kesusasteraan Inggeris menggunapakai karya-karya Thomas Hardy, Jane Austen, George Eliot dan William Shakespeare. Bagaimana mungkin seseorang itu mempelajar sastera Inggeris tanpa mempelajari Shakespeare yang begitu banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Inggeris? Adakah pelajar-pelajar negara kita tahu frasa-frasa Inggeris yang digunakan setiap hari diilhamkan oleh Shakespeare?

Mungkin ada yang berkata, Kesusasteraan Inggeris tidak penting di sini memandangkan bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda kita. Tetapi, teks Kesusasteraan Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah juga tidak memberangsangkan. Saya sudah lama meninggalkan sastera Bahasa Malaysia memandangkan kali terakhir saya mempelajarinya adalah ketika berada di bangku sekolah justeru saya tidak tahu siapa penulis Melayu tersohor ketika ini. Tetapi, sudah tentu mereka yang menulis tentang kisah pengembaraan seorang gadis ketika cuti sekolah tidak termasuk dalam senarai penulis tersohor itu.

Silibus kesusasteraan di sekolah adalah satu refleksi bahawa anak-anak kita tidak dapat memahami dan mempelajari karya-karya yang sofistikated dan mencabar. Saya melayari laman web berkenaan tips peperiksaan untuk Rumpelstiltskin dan nilai-nilai yang seharusnya dipelajari oleh pelajar-pelajar daripada cerita tersebut sangatlah kebudak-budakan - jangan sombong, jangan menipu, jangan tamak.

Tidak ada makna-makna tersirat atau elusif berkaitan cerita tersebut. Mereka hanya diajar untuk menjawab berdasarkan teks tersebut tanpa diberi peluang untuk menyampaikan pendapat sendiri.

Adakah ini situasi pendidikan kita hari ini di mana anak-anak kita dilayan seperti kanak-kanak kecil sepanjang zaman persekolahan mereka? Apakah mereka dapat mengharungi kehidupan dunia sebenar yang lebih kompleks dan mencabar dengan sistem pendidikan sebegini?

Ketika saya berada di London baru-baru ini, saya mengunjungi pameran hasil-hasil karya pelukis dari negara China, Ai Wei Wei. Beliau dikenali sebagai individu yang meringkuk di dalam kurungan penjara selama lapan bulan sebelum dilarang daripada bergerak ke luar negara rentetan pandangan-pandangan beliau yang kritikal terhadap keadaan semasa di negara China. 

Hasil karya beliau ternyata indah, berbaur provokasi dan sangat menakjubkan seperti lukisan-lukisan berimejkan "reconstructed trees", "marble grass" dan batang besi yang terhasil daripada runtuhan bangunan-bangunan sewaktu gempa bumi Sichuan 2008.

Kisah-kisah yang tersirat di dalam hasil karya ini mengisahkan tentang "censorhip", "groupthink" dan usaha-usaha menutup kesan bencana hasil tangan manusia atau semulajadi.

Begitu ramai orang beratur untuk menyaksikan pameran ini dan apa yang mengejutkan saya ialah beberapa rombongan sekolah turut berada di situ dengan kehadiran guru pengiring. Pasti kita terfikir pameran sebegini sukar untuk difahami oleh pelajar-pelajar sekolah bukan? Ternyata hal sebaliknya yang terjadi kepada mereka.

Sudah tentu anak-anak kita boleh mempelajari tentang seni dan keindahannya dari usia kecil sebagaimana mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis melalui hasil karyanya. Adakah anak-anak kita sukar untuk memahami erti ketidakadilan atau tidak mampu memberikan pendapat sendiri? Kanak-kanak manakah yang tidak terkesan dengan senarai nama rakan-rakan persekolahan mereka yang terkorban akibat gempa bumi, menjadi mangsa lantaran ciri-ciri keselamatan sekolah mereka yang terlalu rendah dan tidak selamat?

Jika kita terus melayan anak-anak kita seperti budak kecil sepanjang zaman persekolahan mereka, mengapa sekarang kita harus terkejut dengan kesan layanan sebegini? Kita boleh melihat individu-individu yang mempunyai keupayaan yang sangat memalukan dalam menganalisis maklumat yang diperolehi dan hanya bergantung terhadap isi-isi yang tidak penting serta enggan membaca dengan lebih mendalam atas alasan maklumat tersebut sangat panjang dan sukar.

Dan siapa lagi yang akan memperolokkan individu yang berpengetahuan serta matang daripada mereka sambil menggelarkan individu sebegini dengan nama-nama yang buruk sebagai satu jalan untuk menutup kelemahan mereka sendiri?

Sifat kebudak-budakan ini tidak terhenti di sekolah tetapi telah meresap jauh ke dalam sistem pentadbiran kita di mana seringkali kita diminta untuk menerima alasan-alasan yang tidak masuk akal dalam menanggapi sebarang isu seperti misteri dana yang hilang, keadaan air yang tercemar sehinggalah dalam menemukan erti keganasan.

Apa yang pasti, tidak semua daripada kita akan menerima alasan-alasan tersebut tetapi keberanian mereka dalam memberikan alasan-alasan sedemikian adalah sesuatu yang sangat memalukan dan tidak boleh diterima. (Mungkin apabila kita telah berjaya ‘membuang’ mereka satu hari nanti, bolehlah kita menggunakan alasan mereka dibuang kerana mereka sudah sangat ‘’busuk’’ dan tidak boleh merungut dengan alasan tersebut).

Baru-baru ini, saya mendengar nasihat penulis Turki, Mustafa Akyol bahawa cara terbaik dalam menghadapi Islamophobia ialah menjawabnya dengan cara yang berintelektual, bukannya dengan melarang penerbitan buku-buku atau ‘mengharamkan’ individu-individu tertentu. Saya setuju dengan idea tersebut meskipun ia mewujudkan satu tanggapan bahawa umat Islam di negara kita mempunyai intelektualiti untuk menjawab isu tersebut.

Tetapi, bagaimana seseorang yang masih membaca Rumpelstiltskin di usia 17 tahun mampu membalas hujah-hujah yang bersifat intelektual dan datangnya daripada individu-individu yang hebat seperti Richard Dawkins?

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan