Melapor Berita Di Era Facebook

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

SEMASA penulis bertugas sebagai editor di akhbar The Star, sebelum tamat kontrak pada 2014, didapati ramai pemberita menggunakan rantaian media Facebook (FB) bagi mendapatkan respon mengenai pelbagai isu semasa dari tokoh atau personaliti tertentu.

Mereka berbuat demikian kerana usaha menelefon serta usaha menemui tokoh-tokoh berkenaan di pejabat atau rumah tidak berhasil.

Namun, ada juga pemberita yang tidak langsung cuba menelefon atau mengaturkan temujanji untuk menemui tokoh berkaitan tugasan mereka dan sebaliknya terus guna FB sebagai jalan pintas menyempurnakannya.

Teringat kembali kisah wartawan menggunakan FB semasa terserempak dengan seorang kenalan baru-baru ini. 

Ahli politik itu (yang juga mempunyai kepentingan di dalam beberapa pertubuhan niaga dan sukarelawan) memberitahu dia pernah “diperkenalkan” oleh seorang wartawan yang melaporkan dia “tidak dapat dihubungi” untuk menjawab sesuatu pertanyaan.

“Seolah-olah saya tidak mengambil berat dengan isu yang dibangkitkan oleh pemberita itu,” keluh ahli politik itu, yang saya namakan Stone di dalam artikel ini. 

Kata Stone, dia naik berang bila kononnya dilaporkan tidak dapat dihubungi walhal tiada sebarang permintaan untuk beliau menyuarakan pandangan.

Beliau turut memeriksa semula senarai mesej, panggilan dan emel yang diterimanya di ofis dan rumah. 

Selain itu, dia bertanya kepada isteri dan setiausahanya samada mereka telah terlepas pandang apa-apa pesanan untuk beliau.

“Isu yang dibangkitkan ada kaitan dengan maruah dan pihak yang disyaki memfitnah saya.

“Sudah tentu saya mahu beri komen tentang perkara ini jika pihak akhbar menawarkan peluang untuk saya beri penjelasan.

“Tapi, sebaliknya, saya dicerminkan sebagai pemimpin yang tidak mengambil kisah atau ingin melarikan diri daripada kenyataan,” katanya lagi.

Apa sebenarnya telah berlaku? Benarkah pemberita yang buat laporan mengenai Stone tidak menghubungi beliau dan mengaku pula dia “tidak dapat dihubungi”?

Stone kemudian menghubungi bilik berita syarikat akhbar berkenaan dan membuat aduan mengenai pemberita itu secara tidak rasmi (kerana 'orang dalam' di syarikat itu kenalan beliau).

Lalu terbongkar bahawa pemberita itu telah mengirimkan mesej kepada Stone hanya melalui rantaian media Facebook!

Didapati pemberita wanita itu sememangnya tidak meninggalkan apa-apa pesanan atau pertanyaan di telefon atau pun di emel tokoh berkenaan.

Kedua-duanya bukanlah “friends” di dalam Facebook dan Stone pula bukanlah jenis orang yang suka beri komen di dalam media sosial atau media alternatif.

Lantas, pihak akhbar itu memberi kesempatan untuk Stone beri pandangannya. Kes tutup.

WORK SMART VS WORK HARD

Penulis percaya, sekiranya pun Stone terpandang mesej Facebook itu, dia mempunyai alasan munasabah untuk mencurigai orang yang tidak dikenali mengaju pertanyaan bersifat peribadi kepadanya.

Mungkin ada editor dan wartawan berpendapat bahawa Facebook cuma satu lagi saluran untuk memperolehi informasi dan pandangan umum.

“Dapatkan komen dari sebelah sana juga.”  Itu sememangnya suatu asas kewartawanan di media arus perdana.    

“Yang penting, kita berusaha mendapat pandangan dari semua atau kedua-dua pihak,” kata seorang pemberita muda kepada saya. 

Penulis cuma senyum dan memberitahu wartawan remaja itu: “Ada banyak cara. Kaedah work smart belum tentu lebih berkesan daripada work hard.”

Sememangnya, Facebook sudah menjadi alat penting dalam usaha seseorang pemberita  mencari maklumat  dan berkomunikasi  dengan sumber-sumber berita yang penting.

Namun, Facebook hanyalah satu di antara beberapa kaedah untuk berhubung dengan orang lain.

Tapi ia tidak dapat menggantikan kaedah-kaedah klasik yang memerlukan kecekalan dan kesungguhan seseorang  wartawan dalam usahanya mencari berita.

Sesungguhnya, demi menyampaikan laporan yang lengkap, tidak munasabah mencuba satu cara saja dan anggap ia mencukupi.

Dalam perbualan saya dengan Stone, beliau bertanya samada apa-apa mesej di dalam Facebook boleh dianggap sebagai “sumber yang sahih” bagi wartawan ketika menerima informasi dan melaporkannya.

Pendirian penulis mudah.  Pertanyaan di dalam Facebook dari orang yang bukan “friend” tidak perlu dilayani.  Pemberita berkenaan perlu terlebih dulu berhubung dengan tokoh itu sebelum boleh mengharapkan respon daripadanya.

Mesej di dalam Facebook kepada orang yang bukan “friend” boleh diibaratkan sebagai menghantar isyarat asap, sepertimana dilakukan kaum Red Indian  sebelum puak pribumi di Amerika Utara ditakluki pendatang  Britain.

Pengirim mesej membuat andaian tokoh-tokoh ternama dan aktif di bidang masing-masing, juga mengaktifkan laman Facebook mereka, lalu mengakui telah menghubungi individu tertentu. Malahan, pengirim mesej beranggapan dia akan dilayani menerusi laman media sosial itu.

Amat mudah untuk menggambarkan situasi sedemikian sebagai suatu pertembungan  di antara generasi sosial media yang berkait rapat dengan Facebook dan generasi lama yang menggunakan kaedah konvensional yang lebih rumit apabila  terlebih dulu mencari nombor telefon individu yang ingin dihubungi dan seterusnya berusaha – berulang kali  – untuk mendapatkan 'berita' daripadanya. 

Atau, jika sudah sampai ke tahap getir, pergi ketuk pintu rumah atau pejabat beliau.





Tags / Kata Kunci: Facebook , Red Indian , emel

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan