RMK11 Hala Tuju Ke Penamat Wawasan 2020, Betul Ke?

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 8:39 PM

(Ubah saiz teks)

INKLUSIVITI. Pada hemat penulis ia satu istilah yang bakal mengundang pelbagai pertanyaan mengenai apa maksudnya di dalam pembangunan negara.

Dalam membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak menyebutnya sebagai salah satu strategi tumpuan ke arah mencapai status negara maju bagi Malaysia menjelang 2020.

Strategi tersebut juga merangkumi kesejahteraan rakyat, modal insan, infrastruktur serta inovasi dan produktiviti.

Wawasan 2020 merupakan suatu pelan perspektif jangka panjang yang telah bermula pada 1 Januari 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bertujuan meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara  perindustrian lagi maju sepenuhnya dalam masa 30 tahun bemula dari tarikh tersebut.

Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi tetapi, antara lain juga bidang sosial, kerohanian dan perpaduan negara.

Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistempentadbiran, mutu hidup, nilai kemanusiaan dan maruah bangsa.

KERAS DAN LUNAK

Rancangan pembangunan negara merupakan pelan pertumbuhan secara besar-besaran untuk memajukan prasarana di setiap mukim, daerah, bandar dan kota, mahupun dari sudut fizikal, rohaniah atau kepentingan nilai kemanusiaan.

Prasarana merujuk kepada kemudahan dan sistem asas yang menjana pembangunan negara, di antaranya perkhidmatan sosial, ekonomi , teknologi dan keagamaan, menerusi infrastruktur “keras” dan “lunak.”

Istilah “keras” digunakan biasanya kepada kemudahan yang menyokong penggunaan tanah dan persekitaran, seperti di dalam konteks  pengangkutan; (antaranya lebuhraya, kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan).

Ia juga merujuk kepada kemudahan awam; seperti bekalan elektrik, gas dan air, pembetungan najis dan mengutip sampah, perkhidmatan telekomunikasi, sistem pos, perlindungan polis dan bomba serta kawalan banjir.

Infrastruktur “lunak”, juga di panggil infrastruktur “lembut” bermaksud institusi yang mengekalkan mutu kesihatan, kesejahteraan  dan budaya  masyarakat, di antaranya, dan juga merujuk kepada sistem kewangan, pendidikan, penjagaan kesihatan, sistem pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang.

Malaysia – sebelum 1963 adalah Malaya – mengamalkan racangan lima tahun sebagai garis panduan menggembleng dan menyelaraskan segala usaha-usaha pembangunan ke arah satu matlamat; iaitu,  memperbaiki taraf hidup dan kesenangan rakyat ke tahap rakan-rakan mereka di negara-negara maju.

Rancangan pembangunan negara meliputi pelbagai proses, strategi dan pengagihan tanggungjawab serta dana kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk mencapai cita-cita nasional bagi jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang.

TIADA SIAPA DIKECUALIKAN

Pada pengertian penulis, inklusiviti merupakan suatu dasar yang tidak mengecualikan sesiapa dari merasai atau dari mendapat manfaat pembangunan negara.

Sudah tentu ini termasuk di bidang pekerjaan, samada di sektor awam atau swasta, di bidang perkhidmatan, akademik, penyelidikan, keselamatan awam dan semua bidang strategik untuk pertumbuhan negara.

Maka, apa-apa keputusan atau pendirian yang diambil oleh kerajaan atau mana-mana pihak di Malaysia yang bertanggungjawab memberi pekerjaan, peluang niaga, pendidikan dan lain-lain perkhidmatan, tidak boleh mengamalkan sikap prejudis berdasarkan jantina, bangsa dan ketidak keupayaan; sekadar menyebut beberapa perkara.

Bagi orang kurang upaya (OKU) tiada masalah besar kerana RMK11 berjanji untuk mengisi lebih 16,000 jawatan dalam sektor awam bagi mereka.

Bagaimana pula bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup bebas yang biasanya dikaitkan dengan golongan LGBT; yang merujukkan secara kelompok pada orang yang bersifat lesbian, gay, dwijantina dan transgender?.

Kes transgender yang berlarutan hingga ke Mahkamah Persekutuan.

Islam mempunyai pengaruh besar pada undang-undang negara, politik, norma-norma budaya dan sikap sosial; maka apa yang dikatakan “hak” LGBT tidak dijamin di Malaysia.

Kanun jenayah di Malaysia juga mengenakan hukuman kepada mereka yang ditangkap kerana cross-dressing (lelaki berpakaian seperti wanita dan sebaliknya), atas tuduhan  "tidak senonoh.”

Beberapa ahli parti pembangkang pernah menyatakan sokongan untuk mengadakan suatu reformasi ke atas perundangan yang tidak berpihak kepada golongan LGBT.

Namun, tidak ada parti politik atau ahli parlimen yang secara rasmi mencadangkan agar perkara itu dikaji semula.

Pada 1994, kerajaan melarang sesiapa sahaja yang bersifat homoseksual, biseksual atau transeksual muncul di media yang dikawal parti pemerintah.

Pada 2001,Dr Mahathir menyatakan bahawa Malaysia akan mengusir mana-mana menteri atau diplomat yang gay dari membuat lawatan ke Malaysia walaupun ke sini sebagai wakil pemerintah  mereka.

Dr Mahathir juga memberi amaran bahawa menteri gay negara-negara asing untuk tidak membawa pasangan masing-masing mengiringi mereka ke negara ini.

Anak perempuan bekas perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir, pernah dilaporkan sebagai menyeru mengakhiri apa yang disifatkan beliau sebagai diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.

Pada 2005, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor menyatakan TLDM tidak akan menerima pemohon homoseksual ke dalam pasukannya.

Pada 2010, Lembaga Penapis  Filem Malaysia mengumumkan akan membolehkan penggambaran watak homoseksual asalkan bertaubat atau kembali menjadi insan yang “lurus”.

MENUJU GARIS TAMAT 

Apa pun, diharapkan formulasi enam strategi tumupuan yang termaktub di dalam RMK11 yang dibentangkan di Parlimen oleh Najib hari Khamis, akan mendorong Malaysia menuju ke status negara maju tanpa apa-apa halangan yang besar atau mengejutkan.

Bayangkan sebuah negara di mana seluruh rakyatnya berdaya maju, makmur, sihat dan yakin pada kebolehan diri dalam suasana kehamonian, aman dan damai.

Najib dan anggota pentadbirannya mempunyai hanya lima tahun untuk mencapai wawasan ini, di mana jejak langkahnya bermula sejak Rancangan Malaysia Ke 6.

Diharapkan dalam “last lap” ke garis tamat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 ini, Malaysia tidak akan terkecundang dan segala pemantauan dan pengubahsuaian yang perlu di jalankan akhirnya akan membuahkan hasil bagi seluruh rakyat jelata menikmatinya.

Bagi keseluruhan pelaksana RMK11, kerajaan menyediakan siling peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM260bil; juga, kerajaan akan memastikan hasil Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diperuntukkan kembali untuk manfaat dan keperluan rakyat keseluruhannya.

Maka, Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) bukan sekadar untuk mencapai impian negara maju pada 2020 tapi juga untuk membekalkan keperluan rakyat jelata di tahun-tahun selanjutnya.


Tags / Kata Kunci: RMK11 , GST , OKU

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan