Sokong Pasukan Yang Abang Sokong...

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

BERMINGGU-minggu sebelum tendangan pertama di Brazil, rakyat Malaysia telah merasai bahang dari perlawanan merebut anugerah paling berprestij di arena bolasepak dunia.

Tiada kampung atau kota yang terlepas dari wabak demam yang telah mengharungi seluruh pelusuk tanahair, tidak kira di desa, di pusat bandar mahupun di taman perumahan.

Suatu catatan yang dimuatnaikkan di dalam laman Facebook beberapa minggu sebelum pertandingan bermula menggambarkan ‘mood’ di kalangan peminat fanatik di Malaysia dan seantero dunia mengenai Piala Dunia ini.

Posting yang ditulis seperti pesanan kepada seorang isteri, di antaranya, menyebut:

>Alat kawalan jauh televisyen adalah hak milik abang sepanjang musim World Cup ini.

>Tolong beritahu kawan -kawan jangan beranak, kahwin atau sakit pada bulan ini. Kita tak kan pergi.

>Sokong pasukan yang abang sokong.

>Sentiasa senyum, melainkan pasukan abang kalah.

>Kalau nak lalu depan TV, lebih baik merangkak.

>Jangan tanya soalan yang memalukan. Contoh: JDT main tak dalam World Cup?

>Tolong profesional.Tahap kehenseman Cristiano Ronaldo tak ada kena mengena dengan bola sepak.

>Cristiano Ronaldo dan Ronaldo Brazil tak ada pertalian darah daging atau bau-bau bacang.

Walaupun pihak media bertanggungjawab melaporkan segala perkara dan kejadian yang lain; namun para pembaca lebih cenderung mengalih perhatian ke halaman-halaman yang memuatkan cerita dan berita mengenai perlawanan merebut Piala Dunia 2014.

Permainan Indah

Gambar, imej dan catatan mengenai sukan yang digelar permainan yang indah (beautiful game) ini juga digunakan di dalam pelbagai promosi barangan, dalam iklan televisyen dan pawagam, di medan selera, di pusat membeli belah dan di jalan raya untuk membakar semangat peminat di seluruh ceruk negara.

Di sesetangah pejabat, seperti di bilik berita The Star, bendera negara-negara yang bertanding menghiasi ruang kerja, dinding dan siling.

Di Brazil, rakyatnya memang suka kepada permainan bola sepak, hingga budak-budak berusia dua dan tiga tahun pun diberi bola untuk mengasahkan bakat dari usia yang begitu muda.

Para pekerja dikatakan telah bersungguh-sungguh bekerja keras untuk memperbaiki atau membina stadium baru.

Mereka bekerja siang malam untuk menepati masa yang ditetapkan bagi menyiapkan pelbagai kemudahan awam, bangunan, jalan raya dan pusat-pusat riadah dan membeli-belah.

Sebelum ini, hari Sabtu dan Ahad digunakan untuk beristirehat dan bercuti tapi dikhabarkan warga Brazil sanggup menepikan soal keselesaan dan kerja demi menjaga nama baik negara.

Namun, menurut suatu kajian, dalam linkungan tiga orang, hanya seorang saja yang mempunyai ongkos yang mencukupi untuk membeli tiket masuk ke stadium, yang begitu mahal.

Paling membimbangkan bagi mereka, ialah kemungkinan keuntungan besar yang diharapkan tidak akan menjelma.

Yang mereka tak berkenan ialah apa yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak komersial yang mengambil kesempatan ke atas orang Brazil.

Meraih Keuntungan

Negara ini menjadi hos kepada Piala Dunia buat kali kedua sejak tahun 1950 dan sudah tentu banyak pihak yang cuba meraih keuntungan seberapa banyak yang boleh sepanjang pesta bola ini berlangsung.

Beberapa laporan menyatakan rakyat Brazil dah jemu dan sudah naik meluat dengan gelagat syarikat-syarikat asing yang cuba mendapat pekerja gaji murah dengan menyatakan ini suatu perkhidmatan negara yang paling baik untuk warga tempatan.

Sebenarnya, rakyat marhaen di Brazil tidak suka dengan propaganda seperti ini yang terang-terang mempunyai muslihat tertentu.

Juga, sesetengah penajaan iklan, perkhidmatan dan tawaran kerja dianggap tiada ada kaitan langsung dengan bola sepak dan ia boleh membawa kepada eksploitasi tenaga kerja dan pencemaran kepada nama baik negara mereka.

Acara yang sebenarnya - iaitu pertandingan sebanyak 64 perlawanan yang melibatkan 32 pasukan negara di 12 stadium yang berlainan – seolah-olah ditolak ke belakang tirai oleh kerancakan syarikat komersial mengiklan dan mempromosikan produk mereka.

Tak hairanlah, di antara mereka yang bakal meraih keuntungan ialah syarikat-syarikat media, pengiklanan, penaja, hotel, tempat makan dan pusat hiburan.

Sesetengah stadium dikatakan menukarkan nama semata-mata untuk menuruti syarat-syarat yang ditetapkan penaja untuk mengiklankan Piala Dunia di pelbagai media, termasuk di papan iklan, di bungkusan produk, di corong radio dan di kaca televisyen.

Fifa (Persekutuan Antarabangsa Bolasepak Dunia) adalah badan yang akan memperolehi keuntungan yang terbesar, kerana ribuan peminat, pengunjung dan pelabur akan mencurahkan wang ke dalam dananya, secara langsung atau tidak langsung.

Piala Dunia sudah tiba dan selepas 30 hari, ia akan pergi.

Selepas Bossa Nova, tarian ala-samba , dan Carnavalesca, carnival jalanan; kini negara Amerika Selatan ini punyai Brazuka – nama bola rasmi Piala Dunia 2014.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , Brazuka

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan