Di TV Terlajak Laris, Di Selangor Terlajak Melampau...

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji mendadak itu pada Rabu lalu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji mendadak itu pada Rabu lalu.

AKHIR-akhir ini terdapat seorang usahawan lelaki muda giat mempromosikan produk kecantikannya termasuklah membeli rencana iklan dalam segmen bicara pagi di sebuah stesen televisyen tempatan bagi membolehkannya muncul setiap hari sambil berkata; “Cepat dapatkan produk ini kerana ia terlajak laris...”

Seingat penulislah, belum pernah lagi kita dengar istilah “terlajak laris” diperkatakan orang. Ini kali pertama seseorang menjenamakan produknya “terlajak laris” seolah-olah kelarisan produknya itu tidak disengajakan dan tidak dirancang.

Inovasi usahawan muda itu dalam mempromosikan produknya wajar mendapat pujian. Dia telah berjaya menjadikan produknya sebagai “a breakaway brand” dengan memperkenalkan istilah “terlajak laris” itu. Memang bijak dan wajar sangatlah menjadi usahawan.

Seorang usahawan mestilah berupaya untuk berfikir di luar kotak dan di luar rutin kebiasaan. Hanya dengan itu dia akan berinovasi dengan karya dan juga produk ciptaannya. Dia perlu menjadikan produknya luar biasa untuk mencuri perhatian pembeli.

Jika tidak dia akan sekadar menjadi biasa-biasa sahaja.

Di Selangor, kerajaan negeri dan menteri besarnya pun bukan sekadar biasa-biasa sahaja. Mereka meluluskan kenaikan gaji dan elaun dengan kadar yang sangat luar biasa iaitu sehingga 373%.

Dengan kenaikan gaji baru ini, gaji menteri besar Selangor kini (RM29,250) lebih tinggi daripada gaji perdana menteri Malaysia (RM22,826.65). Beliau menerima kenaikan sehingga 106.4%.

Manakala gaji speaker dewan undangan negeri Selangor (RM22,500) pula kini lebih tinggi daripada gaji timbalan perdana menteri Malaysia (RM18,168.15). Kenaikan gaji speaker kini naik 268%.

Gaji exco kerajaan negeri Selangor (RM20,250) pula lebih tinggi daripada gaji menteri kabinet kerajaan persekutuan (RM14,097.20). Mereka menerima kenaikan sehingga 231%.

Dan elaun ahli dewan undangan negeri Selangor (RM11,250) jauh lebih tinggi daripada elaun ahli parlimen (RM6,508.59). Naik 87%.

Yang paling tidak masuk akal ialah apakah pertimbangan yang digunapakai oleh kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan elaun speaker dari RM6,109 sehingga RM22,500 sebulan.

Malah yang menerima habuan paling besar ialah gaji timbalan speaker yang naik dari RM3,327 sebulan sehingga kepada RM15,750 sebulan iaitu kenaikan sehingga 373%.

Kenaikan yang sebegitu melampau tidak masuk akal sama sekali dan tidak dapat dijustifikasikan dengan sebarang logik jika dibandingkan dengan berapa kalikah dewan undangan negeri bersidang dalam setahun.

Ia semacam seolah mahu memberi habuan kepada kawan-kawan sesama YB. Lagi pun pilihan raya dah selesai.

Malangnya yang tidak selesai ialah orang akan terus bercakap dan terus bercakap sebarang isu yang dekat di hati mereka.

Pakatan mahu membetulkan Kerajaan BN tetapi mereka sendiri ada kalanya menjadi tidak ketahuan dan menembak di kaki mereka sendiri.

Ia ibarat membunuh diri sendiri. Jadi BN kalau cerdik tak payah susah-susah hendak cari modal politiklah. Di depan mata mereka dah terbentang modal yang sangat besar.

Ya kita terima hakikat yang kenaikan gaji memang perlu. Misalnya elaun timbalan speaker sebelum ini hanya RM3,327 sahaja - terlalu rendah untuk seorang timbalan speaker. Tetapi kalau naik sehingga ke tahap gaban, daripada orang kasihan akan jatuh jadi menyampah dan meluat.

Apatah lagi apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sombongnya berkata, kalau mana-mana ahli dewan yang tak mahu gaji baru itu, mereka boleh sedekah kepada badan amal atau kebajikan.

Wow! Inilah yang dinamakan “terlajak melampau”.

Akhir kalam, penulis telah menerima satu pesanan emel daripada seorang ahli jawatankuasa Pemuda PAS Selangor yang menulis begini; “Jika inilah caranya Kerajaan Negeri Selangor mengendalikan isu kenaikan gaji mereka dengan begitu angkuh dan sombong sekali, percayalah mereka hanya memulakan langkah pertama ke arah kejatuhan sebuah kerajaan yang sebelum ini diagung-agungkan sebagai peneraju “politik baru” di Malaysia.

Entahlah....

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan