Jadikan Peraturan Wajib Main Lagu Negaraku Di Pawagam

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lagu Negaraku biasanya dinyanyikan untuk majlis-majlis rasmi sahaja. Gambar hiasan.
Lagu Negaraku biasanya dinyanyikan untuk majlis-majlis rasmi sahaja. Gambar hiasan.

Lagu Negaraku

Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita, selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita, selamat bertakhta.

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup

bersatu dan maju,

Rahmat bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita, selamat bertakhta,

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan

LANGKAH pemilik pawagam di negara ini yang bersetuju untuk menyahut seruan kerajaan agar memainkan lagu Negaraku sebelum tayangan filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara bermula 28 Ogos sehingga 3 September sememangnya tindakan yang baik.

Walaupun perkara itu sepatutnya dilakukan 10 tahun lalu, tetapi ia masih belum terlambat untuk kita menyerapkan perasaan cintakan negara melalui lagu berkenaan.

Saya mahu mengimbas pengalaman menonton sebuah filem di Phuket, Thailand tidak lama dulu.

Hendak dijadikan cerita, ketika memasuki panggung itu, haya saya dan seorang teman sahaja berada dalam dewan berkenaan dan tidak kelihatan pun orang lain termasuklah rakyat Thailand sendiri.

Bagaimanapun sebelum tayangan bermula, pengurus panggung datang kepada kami dan memberitahu, mereka akan memainkan lagu kebangsaan negara mereka dan meminta kami berdiri menghormatinya.

Mereka bimbang sebagai rakyat asing, kami tidak akan menghormati lagui kebangsaan mereka ataupun tidak mengetahui prosedur iaitu perlu berdiri ketika lagu berkenaan dimainkan.

Ketika itu saya berkata kepada teman saya, adakah baiknya jika peraturan yang sama dilakukan kepada semua pawagam-pawagam di Malaysia.

Saya melihat, langkah itu sebenarnya dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada negara yang semakin terhakis terutama pada diri generasi muda.

Ketika ini lagu Negaraku hanya dimainkan di televisyen ketika permulaan siaran selain pada perhimpunan pagi di sekolah-sekolah ataupun jabatan kerajaan.

Selain itu, di manakah kita boleh dengar lagu kebangsaan negara kita?

Teman saya berkata, sebab itulah rakyat Thailand benar-benar cintakan negara termasuk kepada Raja mereka kerana sifat-sifat patriotik yang diterapkan bukan sahaja ketika zaman persekolahan sebaliknya sehingga ke panggung wayang.

Sehubungan itu saya merasakan, usaha ini tidak seharunya dilakukan sempena bulan kemerdekaan sahaja sebaliknya ia perlu dilakukan selama-lamanya sama seperti dilakukan di Thailand.

Kita tidak perlu melihat usaha ini sekadar ‘hangat-hangat ahi ayam’ iaitu secara bermusim ataupun semasa kempen tertentu sahaja.

Mengikut rekod Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sepanjang tahun 2012, seramai 59.90 juta orang menonton wayang.

Manakala rekod terbaharu iaitu dari Januari sehingga Mei lepas mencatatkan 23.92 juta penonton. Ia satu jumlah yang bukan sedikit.

Saya berharap pihak kerajaan dan pemilik panggung menjadikan usaha untuk menyuntik nilai-nilai patriotisme dalam diri rakyat Malaysia diteruskan dengan tidak menghentikan lagu Negaraku daripada dimainkan selepas tempoh kempen berakhir.

Kerajaan juga perlu menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua panggung memainkan lagu kebangsaan ini dalam usaha memupuk perasaan kasih terhadap negara dan sesama kaum sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan Thailand.

NIEZAM: Syukur kerana dilahirkan di Malaysia yang aman damai berbanding negara lain.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan