Ramadan & Iktibar Dari Negara Lain

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUDAH begitu lama saya tidak mengemaskini ruangan ini. Kekangan kerja ditambah pula ruang berada di Malaysia cukup terhad menyebabkan saya sering terlepas beberapa isu hangat di negara sendiri.

Di awal Ramadan ini, izinkan saya kembali mewarnai ruangan ini agar perkongsian pengalaman dan pencambahan fikrah akan terus berlaku.

Ironinya, kelebihan Ramadan tidak perlu dipertikaikan lagi. Maklumat mengenai bulan Ramadan sama ada daripada Al-Quran dan Hadis begitu banyak dilonggokkan kepada masyarakat dalam bentuk media cetak ataupun elektronik.

Yang berbaki ialah bagaimana kesanggupan umat Islam untuk menyambutnya dengan merebut peluang-peluang yang ada.

Apabila tiba 1 Ramadan, kebanyakan umat Islam begitu bersemangat untuk menyambutnya dengan permulaan yang baik sama ada ibadah yang wajib seperti berpuasa dan sunat seperti menyegerakan berbuka, melambatkan sahur dan berqiamullai dan sebagainya.

Beberapa minggu yang lalu saya berada di Indonesia. Kekhilafan umat Islam di sana masih lagi menghantui mereka. Penetapan tanggal 1 Ramadan 1434 H kembali membingungkan kaum muslim.

Pertama, Muhammadiyah yang menggunakan kaedah wujudul hilal (hisab hakiki) menetapkan awal Ramadan jatuh pada hari Selasa tanggal 9 Julai 2013. Alasannya, bulan (hilal) sudah wujud (ada) di atas ufuk waktu matahari terbenam pada Selasa, 8 Julai 2012.

Sebaliknya, pemerintah Indonesia mengadakan sidang Isbath yang akhirnya diputuskan bahwa tanggal 1 Ramadan 1434 H jatuh pada 10 Julai. Hal ini ditetapkan karena tidak ditemukannya hilal di setiap 33 wilayah Indonesia.

Pemerintah selama ini menggunakan kaedah rukyatul hilal dengan memantau keberadaan hilal di beberapa lokasi yang tersebar di seluruh Indonesia.

Berlainan sekali di Malaysia yang mana dengan adanya Majlis Raja-raja sebagai pendokong dan payung kepada agama suci kita, isu mengenai perbezaan ini boleh disatukan, bayangkan pula jika tiada badan yang berkuasa untuk menyelaraskan isu ini, cuba bayangkan haru birunya jika berbeza ketetapan hari raya pula.

Ada kawasan yang sudah enak menjamu selera manakala jiran sebelahnya masih berpuasa. Bukan isu mengenai ketetapan Ramadan yang ingin saya ketengahkan, namun isu sambutan Ramadan itu sendiri.

Teringat saya ketika masih belajar di Timur Tengah. Ramadan merupakan satu tarikh keramat yang cukup dinanti-nantikan. Sebelum masuk bulan Ramadan lagi, rata-rata warga Arab akan menghiasi rumah masing-masing seperti satu perayaan.

Kita boleh perhatikan hampir setiap rumah akan menggantung lampu seperti tanglung serba warna warni. Tambahan pula di masjid-masjid akan dipenuhi oleh para jemaah dan ada kalanya sehingga melimpah keluar ke jalan raya.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi warga Arab apabila berjumpa sesiapa sahaja di awal bulan mulia ini akan menyebut "Ramadan kareem " atau "kullu 'a mun wa antum bil khair".

Rata-rata pada bulan Ramadan ini juga mereka akan menjadi orang yang amat pemurah. Masa begini seperti satu budaya bagi mereka untuk sentiasa memberi, pastinya golongan pelajar luar negara yang paling beruntung apabila menjadi sasaran penderma untuk membayar zakat mereka.

Konsep mengadakan maidatur rahman (moreh) untuk menjamu para muslimin juga sering dilakukan, cukup payah untuk kami ketika itu untuk menerima semua jemputan berbuka untuk sepanjang bulan tersebut.

Begitu juga di Indonesia, kedatangan Ramadan disambut meriah, sehinggakan diadakan perarakan besar-besaran mengumumkan kedatangan bulan mulia ini.

Pusat membeli belah penuh dengan slogan marhaban Ya Ramadan. Selamat datang bulan Ramadan selamat datang pesta IBADAH.

Sebaliknya di Malaysia memang lain, menjelang bulan Rejab, kita sudah memperkatakan tentang Selamat Hari Raya dan bila tiba Ramadan pula, Malaysia menjadi PESTA MAKANAN, banyak betul bazar Ramadan yang menariknya orang lebih ramai datang ke bazar daripada masjid.

Kalau di Madinah 10 terakhir Ramadan, makin ramai yang pergi masjid tapi di Malaysia, sebaliknya, ramai pula yang memenuhi pusat membeli belah buat persiapan untuk hari raya.

Ramadan bulan yang banyak hikmah. Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadan. Bukan saja telah diarahkan menunaikan ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda, malah di bulan ini juga Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranul-karim, menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Semoga tahun ini ramai yang memahami akan keberkatan dan kewujudanmu.

Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri adalah Timbalan Pengarah, Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan