Bisanya Kita Yang Rasai...

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAMAI yang tertanya-tanya mengapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jerebu menjadi satu bebanan serantau.

Jawapannya mudah. Dulu tidak ada ladang kelapa sawit. Sekarang industri ini menjadi hasil keluaran utama negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Vietnam dan lain-lain negara lagi.

Maka itu ia menjadi tanaman utama di negara-negara ini. Hasilnya lumayan tetapi akibat daripada penanaman ini juga membawa masalah yang lumayan.

Ini kerana jerebu hasil daripada pembakaran untuk membolehkan ladang kelapa sawit dibuka secara besar-besaran di kawasan-kawasan baru tidak mengenal sempadan.

Asap adalah elemen yang naik ke atas sepertimana juga gas. Sebaik sahaja ia mencapai paras apungan yang boleh dibawa oleh angin maka ia akan bergerak ke seluruh pelusuk dunia merentasi negara asalnya.

Dahulu kala, dunia hanya mengenali erti jerebu apabila gunung berapi meletuskan lahar, debu dan gasnya. Debu ini sepertimana juga jerebu terapung di ruang angkasa dan bergerak mengelilingi dunia mengikut arah pergerakan angin.

Tetapi hari ini, fenomena dunia diseliputi asap dan debu tidak lagi diakibatkan oleh gunung berapi tetapi oleh pembakaran terbuka secara besar-besaran untuk memberi laluan kepada penanaman kelapa sawit.

Dan kita semua saban tahun terpaksa berhadapan dengan masalah yang berpunca dari Indonesia ini kerana di sebuah negara kepulauan seperti itu, isu penguatkuasaan menjadi satu isu besar.

Bising lah macamana pun tak akan berkesan kerana kerajaan pusat di Jakarta sedia maklum, yang mampu mengawasi dan mengawal perkara seperti ini bukanlah mereka tetapi ialah Gabenor dan Kerajaan Provinsi. Penguatkuasaan Kerajaan Provinsi di Indonesia adalah lemah. Lemah disebabkan faktor tidak kisah, tidak relevan, tidak apa dan tidak bisa.

Bisanya kita yang rasai.

Salam Hormat.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan