Dunia Hiburan 2012 Tak Ubah Seperti Pasar Borong

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle pada 3 November 2012 menjadi kontroversi berkaitan isu uniform 'cacamerba' pasukan keselamatan yang dipakai aktor itu.
Perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle pada 3 November 2012 menjadi kontroversi berkaitan isu uniform 'cacamerba' pasukan keselamatan yang dipakai aktor itu.

ADOIII…

TAHUN 2013 yang mula membuka tirainya diharap mampu memberi satu sinar baharu kepada dunia hiburan tanah air.

Sepanjang tahun 2012, dunia hiburan yang dilalui penuh dengan hipokrasi, cacamerba, dan serabut.

Industri hiburan pada tahun 2012 tak ubah seperti sebuah pasar borong dan kedai barangan lelang – kecoh dan riuh rendah tapi tak ada hasil yang memberangsangkan.

Kenapa saya berkata begitu? Tengok sahajalah, 2012 menyaksikan ramai artis yang naik pelamin dan banyak juga yang bercerai.

Malah kontroversi pergaduhan sesama artis pun tak kurang hebatnya.

Laman sosial seperti Twitter dan Facebook turut menyumbang kepada pertambahan masalah ini apabila ada yang sindir menyindir, kutuk mengutuk dan macam-macam hal lagi.

Tengok sahajalah tulisan artis di Twitter dan Facebook. Tulisan mereka lagi teruk dan lebih tidak beretika dan tulisan-tulisan itu telah memakan diri sendiri.

Ia secara tidak langsung membolehkan orang ramai membuat tafsiran mengenai sikap dan perangai sebenar artis yang mereka sanjung selama ini.

Saya tidak mahu sebut satu persatu tetapi kepada mereka yang mengikuti perkembangan artis, mereka akan tahu.

Etika

Ada seorang artis pernah berkata kepada saya, wartawan kalau menulis tak ada etika. Saya senyum saja dan malas nak cakap banyak.

Kadang-kadang orang yang bukan wartawan lebih tahu etika kewartawanan. Bila tanya apa itu etika wartawan yang dia faham, mulalah mulut ternganga.

Bayangkan apabila artis sendiri mempunyai kuasa untuk berkongsi tulisan mereka, ia dilihat lebih banyak perkara tidak berhemah berlaku sampaikan ada juga artis yang boleh mempertikaikan fatwa seorang mufti melalui laman sosial mereka itu.

Sepanjang tahun lalu juga, filem-filem yang dihasilkan turut bermasalah. Tak ada pun filem yang mampu mengatasi rekod kutipan filem KL Gangster (2011) yang mencatat kutipan RM11.7 juta.

Tahun lalu filem yang mendapat kutipan tertinggi hanyalah Adnan Sempit 2 iaitu RM6.82 juta.

Jatuh merudum

Sedihnya, banyak kutipan filem Melayu jatuh merudum selepas pengenalan tayangan dua filem dalam seminggu di pawagam.

Ada filem hanya mendapat kutipan RM50,000 sahaja. Tak balik modal pun.

Semua ni salah siapa? Salah penggiat industri sendiri yang “tamak” untuk berkarya tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Akhirnya mereka yang rugi, lingkup.

Penonton hendak disogokkan dengan karya-karya lapuk, karya lemah seperti karya tahun-tahun 80-an.

Segelintir penggiat seni hanya bijak dalam soal untuk membuat pinjaman bank bagi menghasilkan filem dan memikirkan bagaimana nak kaut untung melalui Astro First.

Itu saja yang ada dalam kotak fikiran sesetengah mereka sehinggakan orang yang tak pernah mengarah drama pun mengambil peluang untuk membikin filem.

Kemuncaknya apabila Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) yang sepatutnya dianjurkan pada tahun lalu terpaksa ditunda dengan alasan yang tak masuk akal.

Kata orang Finas, hujung tahun lalu terlalu banyak festival, sebab itulah FFM25 terpaksa di tunda.

Alasan-alasan klise itu wajarlah dielakkan. Tak salah kalau dalam satu bulan itu ada 30 festival sekali pun asalkan ia dapat dilaksanakan dengan betul bagi mencapai matlamatnya.

Malang sekali penganjuran FFM25 tidak dapat dilaksanakan apabila terdapat persatuan seni yang tidak bersatu bagi melaksanakan majlis itu sebaliknya berlaku tuduh menuduh dan saling mempertikaikan kredibiliti antara satu sama lain.

Yang saya lihat, ada segelintir persatuan seni seolah-olah hanya nampak kepada peruntukan yang diberikan kerajaan bagi penganjuran festival itu sehingga mengetepikan matlamat sebenar dan fungsi penganjuran FFM.

Hasilnya, festival itu terpaksa ditunda sehingga ke Februari depan. Itu pun kalau tak ada masalah.

Pada tahun 2013 ini, penggiat seni, persatuan-persatuan artis, pelakon dan penyanyi hendaklah berubah untuk memajukan industri yang semakin merudum. Takkanlah pada tahun ini kita mahu membaca kisah artis-artis yang asyik berkelahi?

javascript:void(0);

NIEZAM: Tak mahu lagi nak pening-pening di 2013.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan