Resolusi Hasil Pemerhatian Sepanjang Cuti Hujung Tahun...

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CUTI hujung tahun biasanya membuka peluang untuk kita melupakan tentang kerja sejenak dan mencuri masa untuk melihat keadaan sekeliling dalam suasana lebih relaks dan aman.

Berikut adalah beberapa resolusi hasil daripada pemerhatian penulis sepanjang cuti hujung tahun baru-baru ini;

> Ketika berada di Langkawi penulis melihat orang ramai yang sedang menunggu feri di jeti mencampak apa sahaja yang mereka tidak mahu ke dalam laut tanpa sedikit pun berasa bersalah bahawa perbuatan itu bukan sahaja membunuh alam semulajadi malah menjahanamkan industri pelancongan negara. Rakyat Malaysia masih perlu diajar tentang adab dan kepentingan menjaga alam sekitar.

> Penulis juga menyaksikan betapa ibu bapa yang membawa anak-anak kecil keluar bersia-siar dan melancong mengambil mudah akan keselamatan anak mereka. Misalnya seorang bapa membawa dua orang anak kecilnya yang mungkin berusia tujuh atau lapan tahun berenang di kawasan kolam orang dewasa sedalam enam kaki. Ketika dia sedang seronok bermain air seorang diri, dua orang anaknya itu dibiarkan terapung menggunakan pelampung di kawasan kedalaman enam kaki itu tanpa sebarang pengawasan. Bagaimana jika anak itu terlepas daripada pelampung dan kelemasan? Barang dielakkan daripada sebarang malapetaka kerana kecuaian ibu bapa.

> Lagi tentang sikap ambil mudah ibu bapa. Rata-rata penulis menyaksikan, ramai ibu bapa membiarkan anak-anak kecil mereka berlegar-legar seorang diri atau tanpa pengawasan ketika sedang asyik membeli-belah seolah-olah Malaysia selamat daripada sebarang ancaman penculikan budak.

> Di sebalik segala usaha dan kempen kerajaan untuk menyedarkan orang ramai tentang keselamatan jalan raya, sepanjang-panjang musim cuti ini, penulis melihat hampir setiap hari, kemalangan maut di lebuh raya menghiasi dada-dada akhbar seolah-olah maut di jalan raya bukan menjadi soal lagi buat rakyat Malaysia.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan