AirAsia tawar diskaun sehingga 70 peratus - Cerita | mStar

AirAsia tawar diskaun sehingga 70 peratus

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2018 10:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai 15 hingga 28 Oktober.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata, tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, terdapat lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk semua orang menikmatinya.

"Seperti biasa, ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak tawaran yang termasuk diskaun segera apabila mereka menempah terus di laman web dan di aplikasi mudah alih kami," katanya.

Pelanggan boleh menikmati tambang yang sangat rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi. -Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia , tiket murah , diskaun
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan