Rasai keseronokan berlayar di kapal mewah SuperStar Gemini - Cerita | mStar

Rasai keseronokan berlayar di kapal mewah SuperStar Gemini

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 9:00 AM

Kapal pelayaran popular Star Cruises akan memulakan pelayaran selama enam bulan bermula 5 November depan sehingga 28 April 2019.

(Ubah saiz teks)

PASTI ramai di antara kita yang teringin merasai pengalaman bercuti di atas kapal pelayaran mewah tanpa perlu berfikir tentang penukaran penerbangan dan penginapan hotel yang merumitkan!

Nampaknya impian itu bakal terlaksana apabila SuperStar Gemini iaitu salah satu kapal pelayaran bertaraf antarabangsa bakal kembali berpangkalan di Malaysia.

Berlayar di atas kapal pelayaran SuperStar Gemini memang sesuai buat mereka yang mengidamkan percutian unik dan menyeronokkan, terutamanya untuk seisi keluarga di musim percutian sekolah akhir tahun ini serta sambutan tahun baharu.

Umpama sebuah ‘hotel terapung’ yang akan berlayar dari satu destinasi ke destinasi, SuperStar Gemini yang merupakan salah satu kapal pelayaran popular Star Cruises akan memulakan perjalanan pelayaran dari Pelabuhan Klang, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi serta Phuket di Thailand selama enam bulan bermula 5 November depan sehingga 28 April 2019.

Perjalanan pelayaran dari Pelabuhan Klang, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi serta Phuket di Thailand.

Presiden Star Cruises, Ang Moo Lim berkata, sebagai sebuah syarikat ahli kumpulan Genting Cruises Lines, Star Cruises teruja dapat kembali berpangkalan di Malaysia bagi membolehkan para pelancong tempatan dan antarabangsa merasai pengalaman percutian unuk dan menarik.

Malah kata Ang, pihaknya turut menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan serta promosi pakej percutian yang bukan sahaja menarik tetapi berpatutan.

"Para pelancong kini mempunyai pelbagai pilihan untuk menaiki kapal SuperStar Gemini dari Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Langkawi atau Phuket.

"Selain itu dengan adanya pakej ‘Fly-Cruise’ serta promosi pakej-pakej percutian yang menarik dan berpatutan, pastinya ramai pelancong akan tertarik dan mencuba percutian pelayaran bersama Star Cruises," katanya.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik dan menakjubkan serta pertunjukan dan persembahan bertaraf dunia selain hidangan antarabangsa dan tempatan tanpa sebarang bayaran tambahan di restoran tertentu - semuanya di atas kapal.

Pelbagai hidangan serta aktiviti menarik disediakan di sepanjang pelayaran bersama SuperStar Gemini.

Para pelancong yang ingin memulakan percutian pelayaran mereka dari Pelabuhan Klang di atas kapal SuperStar Gemini boleh memilih jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Phuket dan Langkawi atau jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Phuket dan Pulau Pinang.

Selain itu, turut disediakan jadual pelayaran khas 5Hari/4Malam ke Phuket, Krabi dan Pulau Penang (berlepas dari 6 Februari 2019) dan jadual pelayaran 3Hari/2Malam ke Singapura (berlepas 10 Februari 2019).

Semua pelayaran yang bermula dari Pelabuhan Klang akan berakhir kembali di destinasi yang sama.

Sebagai alternatif, para pelancong juga boleh menikmati pelayaran dari Pulau Pinang bagi tarikh-tarikh perlepasan tertentu untuk jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Pelabuhan Klang dan Phuket sebelum kembali ke Pulau Pinang.

Tags / Kata Kunci: SuperStar Gemini , Star Cruises
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan