Juruterbang sakit ketika kendali pesawat, perlukah penumpang risau? - Cerita | mStar

Juruterbang sakit ketika kendali pesawat, perlukah penumpang risau?

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2018 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

JURUTERBANG merupakan individu paling penting dalam sesebuah pesawat kerana mereka bertanggungjawab membawa penumpang ke sesuatu destinasi dengan selamat.

Namun, pernahkah anda terfikir jika juruterbang jatuh sakit sewaktu pesawat sedang berada di udara?

Biarpun juruterbang sememangnya terlatih dan mempunyai kemahiran tinggi, kita tidak patut lupa bahawa mereka juga manusia biasa.

Berlainan dengan individu yang bekerja di pejabat, jika sakit mereka boleh sahaja pulang ke rumah.

Tapi bagaimana pula situasinya jika berada di dalam pesawat yang sedang terbang tinggi di langit biru?

Sebenarnya, tak perlulah anda risau. Sesebuah syarikat penerbangan biasanya akan menyediakan dua juruterbang dalam sesebuah pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.

Kit perubatan turut disediakan dalam pesawat jika berlaku sebarang kecemasan.

"Semua juruterbang sememangnya dilatih untuk berhadapan dengan situasi ini.

"Selepas diambil alih oleh juruterbang kedua, mereka akan bergerak menuju ke lapangan terbang terdekat untuk mendarat," kata seorang juruterbang kepada Express.co.uk.

Selain kit perubatan yang disediakan di dalam pesawat, mereka turut mempunyai teknologi sambungan telefon radio sepanjang 24 jam dengan doktor.

Jadi, tidak akan timbul sebarang masalah jika salah seorang daripada juruterbang jatuh sakit di dalam pesawat.

Pada Oktober 2015 misalnya, juruterbang United Airlines pengsan di dalam pesawat, namun kehadiran juruterbang kedua membolehkan mereka mendarat dengan selamat.

Faktor makanan turut diteliti agar kedua-dua juruterbang bertugas tidak mengalami sakit yang sama.

Menurut sumber itu lagi, makanan yang dimakan untuk juruterbang juga berbeza dengan apa yang dihidangkan kepada penumpang.

"Kami akan makan makanan berlainan untuk mengelakkan sebarang isu yang boleh menjejaskan prestasi dan operasi seseorang juruterbang," ujarnya.

Malah, kapten dan juruterbang juga diberi makanan berbeza agar kedua-duanya tidak mengalami masalah yang sama daripada makanan yang dijamah mereka.

Jadi, jika makanan tersebut menjadi punca juruterbang jatuh sakit, secara logiknya seorang lagi pengemudi pesawat tidak akan sakit kerana dia mengambil makanan berlainan.-Express.co.uk.

Tags / Kata Kunci: Juruterbang , Pesawat , Jelajah
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan