Taufan Trami: Selamatkah ke Jepun? Apa perlu dilakukan jika terperangkap di sana? - Cerita | mStar

Taufan Trami: Selamatkah ke Jepun? Apa perlu dilakukan jika terperangkap di sana?

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2018 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

KEHADIRAN taufan Trami yang membadai Jepun mengakibatkan penutupan lapangan terbang sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan untuk berkunjung ke negara itu.

Taufan dengan kelajuan angin 100 batu sejam itu telah membadai barat Jepun khususnya di kepulauan Honshu dan kini sedang bergerak menuju ke kawasan selatan barat Jepun.

Sehingga kini, lebih 1,000 jadual penerbangan dan kereta api telah dibatalkan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Pihak berkuasa turut menyeru orang ramai supaya tidak keluar dari rumah kerana sekurang-kurangnya 66 orang mengalami kecederaan akibat taufan berkenaan.

Berikutan itu, UK Foreign Commonwealth Office (FCO) mengeluarkan saranan dan nasihat kepada pelancong khususnya yang sedang terperangkap di negara matahari terbit itu.

Lebih 1,000 jadual penerbangan dibatalkan berikutan taufan Trami yang melanda Jepun.

"Taufan Trami diramal melanda Jepun sehingga 2 Oktober dan ia membawa hujan lebat, angin kencang serta gangguan bekalan servis asas seperti elektrik dan air.

"Jika anda berada di kawasan terlibat, ikuti berita tempatan dan patuhi saranan serta nasihat mereka serta arahan berpindah jika ada," ujar FCO.

Bagaimanapun, ibu negara Jepun, Tokyo tidak berada dalam laluan taufan kategori 2 itu. Namun, ia turut berisiko dibadai dengan angin berkelajuan 90 batu sejam.

Selain penerbangan, servis kereta api juga digantung buat sementara sejak Ahad.

Sementara itu, pelancong yang tidak berupaya bertutur dalam bahasa Jepun turut dinasihatkan supaya memuat turun kad frasa kecemasan yang tersedia dalam talian bagi memudahkan komunikasi.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya berlindung di kawasan selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kad frasa tersebut tersedia dalam enam bahasa seperti Inggeris, Indonesia, Cina, Sepanyol, Korea dan Portugis.

Ia boleh dimuat turun menerusi laman web Ehime Prefecture International Center.

Saranan pemindahan melibatkan 3.7 juta penduduk di 19 kawasan juga telah dikeluarkan, lapor NHK.

Trami berpusat 30 kilometer dari timur-utara Cape Muroto di Shikoku, lapor Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

"Sesiapa yang berada di luar sewaktu taufan melanda berisiko untuk mengalami kecederaan.

"Angin kencang yang membadai keseluruhan perairan selatan Jepun juga berupaya mengancam nyawa dan merosakkan harta benda," ujar Pakar Metereologi Kanan AccuWeather, Kristina Pydynowski.-Express.Co.UK.

Tags / Kata Kunci: Jepun , Taufan Trami , Tokyo
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan