Malaysia Airlines tawar diskaun 30 peratus sempena Pameran Matta - Cerita | mStar

Malaysia Airlines tawar diskaun 30 peratus sempena Pameran Matta

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2018 6:06 PM

Kredit: Travel Taipei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi perjalanan antarabangsa dan domestik sempena Pameran Matta di Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan negara itu mengumumkan tambang pergi balik terangkum bagi kelas ekonomi dan antarabangsa boleh ditawarkan serendah RM1,029 (ke Taipei dan Bengaluru) bagi penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Destinasi lain termasuk Seoul (RM1,369), Brisbane (RM1,869) dan London (RM2,929).

“Pelanggan juga boleh menempah tiket penerbangan lebih awal bagi perjalanan lebih hebat tahun depan kerana tempoh perjalanan ke destinasi dinyatakan akan hanya bermula pada 1 Okt, 2018, hingga 31 Aug, 2019,” katanya.

Pelanggan juga boleh menempah tiket penerbangan untuk meneroka destinasi popular di Asia Tenggara daripada serendah RM749 ke Phnom Penh atau Surabaya dan RM849 ke Bali untuk penerbangan mulai 28 Sept, 2018, hingga 31 Aug, 2019.

Pelanggan yang tidak berkesempatan menghadiri Pameran MATTA di Pulau Pinang dan Sibu, boleh mendapatkan harga tambang seumpama ini bagi destinasi terpilih menerusi laman web Malaysia Airlines, www.malaysiaairlines.comdan aplikasinya bermula sekarang hingga 3 Okt, 2018. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airlines
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan