Meriahnya berkelah di Sungai Adis! Airnya jernih 'kristal', banyak pondok comel - Cerita | mStar

Meriahnya berkelah di Sungai Adis! Airnya jernih 'kristal', banyak pondok comel

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2018 9:00 AM

Orang ramai kelihatan teruja mandi di Sungai Adis.

(Ubah saiz teks)

AIR bersih yang mengalir dari gunung, persekitaran yang indah dan sejuk ditambah dengan kemudahan yang baik, menjadikan Sungai Adis tempat yang sangat ideal untuk seisi keluarga dan sahabat handai berkelah terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Malah, kedalaman air yang hanya pada paras punggung di kebanyakan bahagian sungai itu juga menjadikannya amat sesuai untuk mandi, selain kejernihan airnya yang luar biasa dan menyegarkan badan.

Maka, tidak hairanlah kawasan sungai yang dibangunkan sebagai Adis Buan Resort ini, yang terletak berhampiran Kampung Segong, Bau, Kuching, begitu terkenal sehingga menarik ratusan pengunjung hampir setiap hari, lebih-lebih lagi pada hujung minggu dan cuti umum.

Semasa kunjungan ke tempat pelancongan tempatan itu baru-baru ini, kelihatan semua orang yang datang begitu teruja untuk mandi di sungai tersebut sambil berkelah, malah ramai yang melakukan aktiviti berbeku.

Homestay di Adis Buan Resort yang menawarkan kemudahan penginapan kepada pengunjung.

"Persekitaran hutan yang rimbun, gunung-gunung yang indah dan aliran air kristal adalah ikon pelancongan alam yang Adis Buan Resort boleh banggakan.

"Dengan semua keindahan alam di tengah-tengahnya, ia adalah tempat yang tidak boleh ditinggalkan oleh pencinta alam semula jadi," kata salah seorang pengunjung, Patrick Henry.

Orang ramai berkelah di pondok-pondok yang disediakan di Adis Buan Resort.

Dengan menarik begitu ramai pengunjung, Adis Buan Resort juga memberi impak kepada sosio ekomoni penduduk kampung di sekitarnya.

Di sepanjang jalan menuju ke sungai tersebut, kelihatan begitu ramai penduduk kampung yang berniaga sama ada menjual makanan, minuman, cenderamata malah sayuran dan buah-buahan.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa aktiviti sosio ekonomi yang positif di kawasan luar bandar berkenaan, yang boleh memberi limpahan pendapatan kepada penduduk yang terlibat secara aktif dalam perniagaan gerai itu.

Selain menjadi tempat beriadah, Adis Buan Resort turut menyediakan kemudahan ‘homestay’ untuk pengunjung yang ingin meluangkan masa beristirehat dan bermalam di situ.

Tags / Kata Kunci: resort Sarawak , Adis Buan , homestay
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan