Selfie Museum bakal diserbu kaki Instagram! - Cerita | mStar

Selfie Museum bakal diserbu kaki Instagram!

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2018 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAMBAKAN swafoto di laman Instagram kadang-kala membuat kita terfikir sejenak, namun lebih teruk lagi apabila ada yang iri hati.

Manakan tidak, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana orang lain mampu menghasilkan foto-foto yang begitu menarik dan 'meletop.'

Namun, kini tiba masanya untuk anda step up your selfie game!

Telefon merah jambu dan tab mandi berisi bola plastik berwarna-warni yang menjadi tumpuan pengunjung untuk merakam foto.

Pelancaran muzium swafoto pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Selfie Museum pastinya bakal memberi nafas baharu untuk koleksi foto di laman sosial anda.

Bakal dibuka kepada umum bermula pada tarikh keramat 31 Ogos 2018, muzium yang bertempat di Fahrenheit 88 Kuala Lumpur ini pastinya menjanjikan sesuatu yang berbeza dan penuh dengan keriangan.

Menawarkan sembilan bilik swafoto dengan ruang berkeluasan 650 meter persegi, ia bukan sekadar indah di mata, malah turut memberi peluang kepada anda untuk meneroka elemen sentuhan dan rasa.

Salah satu bilik yang menyediakan buaian untuk anda.

Pelik bunyinya, macam mana tu? Sebenarnya, bilik pameran di Selfie Museum diinspirasikan daripada ukiran pemanis mulut Malaysia, jadi ia bukan sahaja mempunyai props-props berbentuk makanan dalam saiz gergasi, malah anda juga berpeluang merasainya di gerai yang disediakan.

Sembilan bilik pameran dengan tema berbeza itu terdiri daripada The Giant Cakes Room by Pandora, Everything's Sweet Room by Benefit Cosmetics, Fluffy Path Room dan Ice-Cream World Room by Baskin Robbins.

Selain itu, terdapat juga dUCkies cafe Room by dUCk Scarves, Rainbow Room, Super Happiness Room by SAMSUNG Galaxy, Splash Lab Room by TeaLive dan IlaoIlao serta Do-Nut-Stop Room by Hotlink.


Pengunjung berpeluang untuk masuk dan 'menyelam' di dalam lautan bebola kuning ini.

Antara yang paling mencuri tumpuan tentunya ukiran kek cawan berwarna-warni gergasi, kolam yang dipenuhi bebola kuning, buaian, jongkang-jongket durian serta koleksi telefon klasik berwarna merah jambu di dinding.

Ia sememangnya cukup insta-worthy dan memberi seribu keseronokan buat pengunjung yang hadir ke situ.

Biarpun kelihatan comel persis muzik video lagu California Gurls nyanyian Katy Perry, ia sesuai untuk segenap lapisan umur.

Gumpalan bebola putih persis awan yang digantung menjanjikan hasil swafoto luar biasa untuk anda.

Jadi, mereka yang sudah sedikit berusia tidak perlu risau atau tidak yakin untuk berkunjung ke sini, pastinya ia bakal mengembalikan memori zaman kanak-kanak anda.

Ia dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan bayaran masuk RM45 untuk dewasa dan RM30 (kanak-kanak bawah 12 tahun).

Pengunjung juga boleh mendapatkan potongan harga tiket sebanyak RM5 jika pembelian dilakukan menerusi laman web www.selfie.com.my.

Patung gergasi serta jongkang-jongket durian dalam bilik pelangi yang menjadi tarikan utama di Selfie Museum.

Apa yang lebih mengujakan, pengunjung yang memuat naik swafoto mereka ke Instagram menggunakan tanda pagar #Selfielah dan #Selfietogether bermula 31 Ogos hingga 31 September ini berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti Samsung Galaxy Note9 dan hadiah-hadiah lain setiap minggu.

Tags / Kata Kunci: Selfie Museum , Fahrenheit 88 , Swafoto
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan