Jom! Festival Makanan Halal kembali lagi di London - Cerita | mStar

Jom! Festival Makanan Halal kembali lagi di London

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2018 9:00 AM

Festival ini diasaskan oleh Waleed Jahangir dan diharap dapat menjadi platform penyatuan etnik dan budaya. FOTO: LONDON HALAL FOOD FESTIVAL

(Ubah saiz teks)

JIKA Festival Makanan Halal London pada tahun lalu mencatat kunjungan 18,000 orang, ia dijangka menempa kejayaan serupa menerusi penganjuran tahun ini.

Bakal berlangsung pada 11 hingga 12 Ogos ini di Tobacco Dock, timur London, apa agaknya makanan yang bakal ditawarkan di festival itu?

Jika anda berkunjung ke sana, anda berpeluang merasai sendiri ayam lollipop Szcechuan, barbeque daging bersama ayam Caribbean, kentang masala India dan minuman mojito versi halal yang diberi nama nojito.

-foto laman web London Halal Food Festival

Dianggar terdapat lebih 100 gerai menjual makanan dan minuman halal akan dibuka dalam festival kali ini.

Namun, tidak sah sesuatu festival makanan jika tidak menganjurkan pertandingan makan untuk pengunjungnya.

Anda berpeluang mendaftar di sana dan menyertai pertandingan makan jika berupaya mengisi perut dengan jumlah makanan yang banyak.

Lebih 18,000 pengunjung hadir ke festival ini pada tahun lalu. -foto London Halal Food Festival

Selain makanan, festival itu turut menyediakan balkoni dengan dekorasi indah dan ruangan 'lounge' untuk pengunjung menikmati shisha serta persembahan muzik Qawwali di pentas utama.

Selain hidangan yang disebutkan di atas, pengunjung juga boleh mencuba pencuci mulut seperti macaron, churro dan 'freakshakes' bebas gelatin.

Menambah kehangatan festival itu, pengunjung boleh mendapatkan lukisan henna di tangan dengan bantuan profesional di lokasi itu.

Pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan makan di festival itu. - London Halal Food Festival

Menambah kehangatan festival itu, pengunjung boleh mendapatkan lukisan henna di tangan dengan bantuan profesional di lokasi itu.

Malah, jika bernasib baik anda mungkin boleh terserempak dengan selebriti di acara itu.

Pada tahun lalu misalnya, pemenang Masterchef, Saliha Mahmood Ahmed dan Shelina Permaloo tampil di festival itu untuk membuat demonstrasi masakan.

-foto London Halal Food Festival

Pengasas Festival Makanan Halal London, Waleed Jahangir memberitahu dia mahu acara itu menjadi platform penyatuan antara etnik yang menggunakan makanan sebagai penghubung.

"Saya cipta festival ini kerana mahu komuniti dan budaya berbeza dapat duduk bersama, bersatu dan menikmati makanan," katanya.

Jika anda berminat, sila layari laman web London Halal Food Festival untuk mendapatkan tiket ke acara itu. -Metro.UK

Tags / Kata Kunci: Festival Makanan Halal London
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan