Permainan air, artis popular ceriakan bulan kemerdekaan di Bangi Wonderland - Cerita | mStar

Permainan air, artis popular ceriakan bulan kemerdekaan di Bangi Wonderland

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2018 8:46 AM

Semarakkan sambutan kemerdekaan negara dengan berhibur di Bangi Wonderland Theme Park and Resort yang menawarkan pelbagai tarikan untuk pengunjung.

(Ubah saiz teks)

KETIBAAN Ogos yang menjadi bulan kemerdekaan negara pastinya dinantikan semua rakyat Malaysia.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan penuh bersejarah itu, pelbagai aktiviti bakal dianjurkan sepanjang bulan ini.

Tidak terkecuali, taman tema air popular Bangi Wonderland Theme Park and Resort juga tampil dengan program tersendiri yang dinamakan Gempak Merdeka.

Magic Funnel yang menjadi kegilaan pengunjung di taman tema itu.

Seperti diketahui umum, taman tema ini cukup sinonim dengan tarikan permainan berasaskan air.

Antara yang ditawarkan kepada pengunjung termasuklah Boomeriang, Spiralax, Anaconda Trail, Pirates Bay dan banyak lagi.

Paling menarik tentunya Water Cannon yang merupakan permainan pertama seumpamanya di Malaysia.

Menerusi Water Cannon, anda berpeluang merasai sendiri debaran dan keterujaan saat meriam melepaskan tembakan air ke kolam berkedalaman 10 kaki itu.

Satu-satunya permainan Water Cannon yang terdapat di Malaysia.

Kepelbagaian permainan yang ditawarkan juga bersesuaian dengan pengunjung tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Selain tarikan mesra kanak-kanak, permainan bersifat ekstrem seperti gelongsor patah balik yang curam juga turut ditawarkan di sana.

Anda juga tidak perlu risau kerana mereka menyediakan loker berkunci, kafeteria, kedai cenderahati dan parkir bertingkat.

Lain-lain kemudahan termasuklah bilik persalinan, surau dan bilik penyusuan bayi khusus buat pengunjung yang datang menghabiskan masa di situ.

Selain aktiviti permainan air yang menyeronokkan, pihak Bangi Wonderland Theme Park and Resort akan menganjurkan program perpaduan seperti sukan rakyat dan aktiviti kesukarelawan.

Persekitaran bersih, luas dan selesa menjanjikan pengunjung satu pengalaman berhibur yang berbaloi.

Pendek kata, ia merupakan destinasi berhibur terbaik untuk seisi keluarga.

Menerusi Gempak Merdeka, mereka juga menawarkan promosi menarik dengan harga tiket yang pastinya berbaloi untuk semua pengunjung.

Harga promosi yang ditawarkan sempena bulan kemerdekaan tahun ini.

Menghangatkan lagi program itu, Bangi Wonderland Theme Park and Resort turut membawakan lapan artis popular negara yang akan menghiburkan anda bermula 18 hingga 26 Ogos depan.

Boomeriang, permainan gelongsor gergasi yang wajib dicuba sekiranya anda datang ke Bangi Wonderland Theme Park and Resort .

Barisan artis terdiri daripada penyanyi Aishah, Ella, Achey Bochey, Tomok, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Black Hanifah dan Hazama.

Apa lagi yang anda mahukan? Aktiviti perpaduan, tarikan 14 permainan serta persembahan artis, segalanya ada.

Jadi, ayuh semua kita semarakkan kemerdekaan negara berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan di Bangi Wonderland Theme Park and Resort.

   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan