Pelayaran bertemakan filem ‘Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation’ - Cerita | mStar

Pelayaran bertemakan filem ‘Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation’

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2018 1:46 PM

Antara pemandangan menarik atas Dream Cruises.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelainan yang diperkenalkan Dream Cruises menerusi pelayaran bertemakan filem Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation pastinya memberi keterujaan buat pengikut animasi berkenaan.

Menerusi usaha sama dengan Sony Pictures Animation, anda berpeluang merasai sendiri perjalanan filem itu menerusi pelayaran ke destinasi seperti Malaysia, Jepun, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Thailand.

Presiden Dream Cruises, Thatcher Brown berkata, sebahagian besar usaha pihaknya untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan adalah melalui penciptaan acara hiburan yang hebat, inovatif dan kreatif.

"Pihak kami teruja untuk memberi pengalaman baharu kepada tetamu dengan watak-watak animasi filem berkenaan di atas kapal.

Temui karakter Meet Drac dan Monster Friends dalam pelayaran bersama Dream Cruises sehingga 31 Ogos depan.

"Tetamu kami akan menikmati keistimewaan untuk berinteraksi dengan watak-watak filem itu semasa pelayaran nanti," ujar Thatcher.

Selain itu, tetamu pelayaran berkenaan juga berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti menarik seperti Monster-in-Training, pencarian harta karun Monster Treasure Hunt, Dracula Zipline, Blobby Milkshake, Bedtime Stories dan pesta kostum Monster.

Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation merupakan filem yang mengisahkan percutian keluarga Monster di atas kapal pelayaran mewah.

Percutian mereka bagaimanapun bertukar menjadi mimpi ngeri setelah Drac jatuh cinta dengan kapten kapal yang memegang rahsia misteri yang mengancam mereka.

Ia merupakan kesinambungan kepada Hotel Transylvania yang diterbitkan pada 2012 dan sequel Hotel Transylvania 2 pada 2015.

Mereka yang berminat untuk mengikuti pelayaran tersebut boleh memilih untuk berlepas dari pelabuhan di Singapura, Hong Kong atau Nansha (Guanzhou).

Pelancong juga boleh memilih pakej fly-cruise ke Hong Kong yang ditawarkan bermula sekarang sehingga 31 Ogos depan

Antara pakej yang ditawarkan ialah 5 malam Singapura - Pulau Redang - Ko Samui - Bangkok - Singapura, 5 malam Singapura - Pulau Redang - Sihanoukville - Bangkok - Singapura dan 3 malam - Singapura - Phuket - Singapura.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pelayaran ini boleh menghubungi talian 03-23028851 atau 04-2698210.

Tags / Kata Kunci: Pelayaran , Kapal
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan