Pameran kereta vintaj, klasik bakal meriahkan ulang tahun Fullerton Concours d'Elegance Singapura - Cerita | mStar

Pameran kereta vintaj, klasik bakal meriahkan ulang tahun Fullerton Concours d'Elegance Singapura

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2018 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA ada dalam kalangan anda yang berhasrat untuk melancong ke Singapura, 29 Jun hingga 1 Julai ini merupakan tarikh yang sesuai untuk ke sana.

Sempena perayaan sulung Fullerton Concours d'Elegance selama tiga hari, pengunjung berpeluang meneroka bangunan warisan ini dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Yang paling menarik tentunya pameran lebih 90 kereta klasik dan vintaj serta supercar yang dibawakan khas dari segenap pelosok dunia.

Antaranya ialah model 1934 Austin Seven Ulster Special, 1961 Rolls Royce Silver Cloud II, Lamborghini Miura serta kereta peribadi Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang akan dipamerkan buat pertama kali.

Acara yang diadakan sempena kemuncak sambutan ulangtahun ke-90 The Fullerton Building ini turut menawarkan tarikan lain seperti persembahan muzik, makan malam gala, pameran kesenian dan kebudayaan, pameran kapal persiaran mewah dan konvoi kereta amal.

Haa, menarik bukan. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan selama tiga hari pastinya akan mengubah landskap kawasan itu menjadi lebih meriah dan gamat dengan kehadiran orang ramai.

Menurut Pengurus Besar The Fullerton Heritage, Cavaliere Giovani Viterale, acara ini diadakan untuk meraikan bagunan ikonik itu yang kaya dengan warisan.

Malah, bangunan itu juga telah digazetkan sebagai Monumen Kebangsaan pada 7 Disember 2015 bagi menghargai peranannya dalam sejarah negara Singapura.

Lokasi Hotel Fullerton.


Dalam pada itu, kesemua kereta yang dipamerkan bakal dihakimi oleh juri terkemuka menerusi pertandingan dalam empat kelas iaitu pra dan pasca perang dunia II, terbuka atas dan moden klasik.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengundi kereta kegemaran mereka menerusi laman web The Fullerton Concours d'Elegance dan berpeluang memenangi baucar makan malam di The Fullerton Hotel Singapura.

Pada masa sama, pengunjung juga boleh merasai sendiri kehebatan air tangan pasukan kulinari The Fullerton Hotel Singapura menerusi trak makanan yang disediakan di sana.

Tarikan lain sempena acara ini ialah pameran jam tangan serta bengkel fotografi khas.

Tiket masuk ke acara ini bermula daripada SGD9.90 (RM29.43) bagi pas sehari.

Golden Pass turut ditawarkan buat mereka yang mahukan akses ke ruang VIP dan acara selepas parti d Lantern in The Fullerton Bay manakala tiada bayaran dikenakan untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Tags / Kata Kunci: Fullerton Concours d'Elegance
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan