Pasta, makanan India, restoran Michelin halal, mudahkan pelancong Muslim di Macau! - Cerita | mStar

Pasta, makanan India, restoran Michelin halal, mudahkan pelancong Muslim di Macau!

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2018 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

JIKA sebelum ini, ada yang terpaksa membawa sambal, serunding, sardin dan mee segera kerana bimbang tiada restoran halal sewaktu ke luar negara, lain pula ceritanya jika anda ke Macau.

Anda tidak perlu gusar kerana lokasi pelancongan popular ini banyak menawarkan restoran makanan halal khusus buat pelancong beragama Islam.

Dalam segmen Jelajah kali ini, mStar Online akan berkongsi dengan anda beberapa restoran makanan halal di Macau yang wajib anda cuba jika melancong ke sana. 

Taste of India (TOI)

Terletak di Macau Fisherman's Wharf, restoran Taste of India (TOI) merupakan antara restoran India yang paling popular di Macau.

Ia menyajikan hidangan asli India seperti Indian chicken tikka, sup tomato dan Portuguese seafood stew.

Jika anda sememangnya penggemar makanan India yang halal, anda juga boleh berkunjung ke Indian Spice Restaurant.

Apa yang menariknya di sini, terdapat dua pilihan utama buat pengunjung iaitu makanan vegetarian dan bukan vegetarian.

Malah, ia turut menghidangkan Indian street food seperti paneer tikka, ayam tandori, paneer paratha dan roti naan.

Hidangan tradisional seperti chicken tikka masala, kari ikan, daal dan kari udang turut disediakan buat mereka yang berkunjung ke sini untuk menjamu selera.

Golden Peacock

Seterusnya, sebuah lagi restoran yang wajib anda cuba adalah Golden Peacock yang terletak di The Venetian Hotel.

Buat pengetahuan anda, Golden Peacock merupakan restoran India pertama di Asia yang dianugerahkan bintang penarafan Michelin.

Haa, kalau dah dapat bintang Michelin, memang tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan, dijamin sedap!

Di Golden Peacock, ada bermacam jenis beriani yang enak dan patut anda cuba.

Malah, pencuci mulut seperti aiskrim dan pistachio kulfi juga sering menjadi sebutan ramai.

Eh, asyik cerita pasal restoran India je. Tak ada restoran lain ke kat Macau ni? Jangan risau, ada banyak lagi restoran halal yang lain kat sini.

Restoran Three Monkeys


Juga terletak di Venetian Hotel, anda wajib singgah ke restoran Three Monkeys.

Kenapa wajib datang? Di sini, ia menyajikan hidangan istimewa Mexico, Itali, Amerika dan Asia.

Antara hidangan popular kat sini ialah pasta. Bukan senang nak cari hidangan pasta halal di negara orang. Jadi, anda tak perlu pening kepala, datang sahaja ke Three Monkeys. Anda pasti berpuas hati dengan seleksi hidangan yang ditawarkan.

Cafe Panorama


Bagi mereka yang mahu menikmati hidangan enak sambil dikelilingi suasana alam penuh mengasyikkan, mereka boleh datang ke Cafe Panorama di Grand Coloane Resort.

Dengan suasana hening yang jauh dari kesibukan bandar, suasana tenang di restoran ini akan membuat anda jatuh cinta dengan Macau.

Malah, ia dikelilingi 150 ekar pemandangan hijau penuh subur dan turut dikelilingi Laut Cina Selatan.

Fuhh, pemandangan kat sini memang cantik. Mengenai hidangannya pula, ia menawarkan juadah tempatan dan antarabangsa. Macam-macam ada.

Restoran Islam Loulan



Restoran Islam Loulan terletak di R.do Teatro dan ia merupakan restoran Cina Muslim yang senang untuk dicari.

Ini kerana ia terletak hanya 15 minit dari Senado Square. Di situ, ia turut menyediakan tempat solat kemudahan pengunjung muslim.

Pendek kata, tak susah pun melancong di Macau. Senang sahaja untuk cari restoran-restoran halal.

Jadi, apa tunggu lagi, alami sendiri keindahan Macau serta kepelbagaian makanan yang ada di sana.

Anda boleh melayari www.muslimcuti.com untuk mendapatkan pakej percutian menarik untuk bercuti ke Macau dan destinasi-destinasi lain di seluruh dunia.

   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan