7 lokasi tak perlu belanja besar di Singapura, OOTD pun cantik! - Cerita | mStar

7 lokasi tak perlu belanja besar di Singapura, OOTD pun cantik!

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2018 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUT sahaja Singapura, pasti ramai yang beranggapan ia destinasi pelancongan yang sesuai buat golongan berada memandangkan ia menawarkan pusat beli-belah serta hotel mewah.

Tambahan pula dengan mata wang dolar yang digunakan, buat ramai yang berfikir dua kali untuk bercuti ke sini.

Namun, tahukah anda Singapura sebenarnya ada menawarkan pelbagai lokasi serta aktiviti menarik yang boleh anda lakukan tanpa perlu berbelanja besar?

Dalam segmen Jelajah kali ini kami nak kongsi beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi ketika melancong ke Kota Singa.

Muzium Artscience

Bentuk bangunan yang unik dan moden, kelihatan seperti bunga ini merupakan Muzium Artscience.

Kerlipan ribuan lampu dalam sebuah ruang membuatkan anda rasa seperti berada di angkasa lepas. Itu antara pengalaman yang dapat dirasai jika berkunjung ke Muzium Artscience.

Terletak berdekatan bangunan ikonik, Marina Bay Sands, Muzium Art Science menawarkan persembahan cahaya memukau yang mana pengunjung akan dibawa menelusuri empat bahagian pameran iaitu; nature (alam semulajadi), town (bandar), park (taman), dan space (ruang).


Ruang kosong yang dihiasi ribuan cahaya yang menyala mengikut alunan muzik

Mengangkat tema ‘future world’, pengunjung berpeluang meneroka kreativiti seni pencahayaan, sains, seni bina, media dan teknologi.

Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti, muzium artscience tempat yang sangat berbaloi untuk meluangkan masa!

Alamat: 6 Bayfront Ave, 018974 Singapura
Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10 pagi - 7 malam)

Clark Quay


Clark Quay pernah terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-19

Terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi dengan restoran dan bar yang menawarkan pelbagai menu makanan barat, daerah kolonial Singapura ini lokasi terbaik untuk berhibur pada hujung minggu.

Clark Quay yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-19 kini telah berubah wajah di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan waktu malam melalui Singapore River Cruise yang menjanjikan pengalaman mengujakan!


Bot klasik ini digunakan untuk membawa penumpang menyulusuri sungai Singapura

Anda boleh dapatkan tiket di kaunter yang terletak berdekatan dek pada harga RM74 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak dan bot klasik ini akan membawa anda mengembara ke beberapa lokasi popular seperti Merlion Park, Marina Bay Sands, Clifford Pier dan Raffles Landing Site melalui perjalanan selama 40 minit.


Singapore River Cruise membawa anda menyulusuri sungai Singapura dengan pemandangan hutan batu yang menakjubkan!

Singapore River Cruise dibuka dari 9 pagi hingga 11 malam. Kami cadangkan anda menaiki bot pada waktu malam kerana pemandangan jauh lebih menarik dan cuaca juga tidak begitu terik!

Gardens By The Bay


Bangunan berbentuk seperti cengkerang ini adalah Gardens By The Bay

Lupakan kesibukan bandar buat seketika dengan menikmati pemandangan tumbuh-tumbuhan hijau di Gardens By The Bay!

Bangunan berbentuk seperti cengkerang ini membolehkan pengunjung menikmati pelbagai jenis tumbuhan dan belajar serba sedikit mengenai biodiversiti selain berpeluang melihat air terjun tertutup yang tertinggi di dunia!


Air terjun tertutup tertinggi di dunia terletak di Gardens By The Bay, Singapura

Tiket dijual pada harga RM83 untuk indoor garden dan percuma untuk outdoor garden.

Alamat: 18 Marina Gardens Dr, 018953 Singapura
Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin (9 pagi - 9 malam) indoor garden, (5 pagi - 2 pagi outdoor garden.

Lorong Haji (Haji Lane)


Lorong Haji atau lebih dikenali sebagai Haji Lane merupakan 'port' pelancong ketika di Singapura

Salah satu lokasi paling menarik yang wajib anda kunjungi adalah lorong Haji atau lebih dikenali sebagai Haji Lane.

Bagi anda yang suka ber-OOTD, lorong haji juga merupakan spot terbaik untuk anda potretkan gambar kenangan kerana di sini terdapat banyak dinding dengan lukisan mural menarik.


Mural yang terdapat pada dinding di sepanjang Lorong Haji

Di sini juga terdapat banyak kafe moden dan hipster yang menawarkan pelbagai hidangan makanan yang pastinya menjilat jari!

Di sebelah malam pula suasana di sini lebih meriah dengan persembahan live band dari artis-artis tempatan. Sesuai buat anda yang nak relax dan chill dengan kawan-kawan.

Bagi mereka yang kaki shopping, lorong haji adalah ‘best one-stop spots’ untuk anda kerana di sini ada menawarkan pelbagai jenama pakaian tempatan yang stylish & cool selain cenderamata untuk dibawa pulang! Paling penting, harganya berbaloi-baloi berbanding jika anda membeli-belah di bahagian bandar.


Antara kedai yang terdapat di Lorong Haji dan menjual barangan jenama tempatan


Little India
Fakta menarik menganai Singapura adalah ia memiliki kawasan kejiranannya yang pelbagai dan memiliki sejarah tersendiri.


Lokasi popular untuk berOOTD di Little India, Singapura

Alang-alang dah sampai ke Lorong Haji, apa kata anda mengembara ke Little India dan Arab Street yang terletak bersebelahan je dengan lorong haji.

Little India di Singapura ini boleh dikatakan sama seperti Brickfields di Kuala Lumpur.

Kebanyakkan barangan yang dijual di sini adalah barangan seperti sari, kendi dan barangan tradisi masyarakat hindu.

Arab Street


Pelbagai gerai yang menjual makanan dari timur tengah boleh didapati di Arab Street

Di Arab Street pula banyak gerai-gerai kecil yang menjual barangan yang diimport dari Parsi seperti karpet, tekstil, batu permata dan beberapa kraftangan lain.


Koleksi barangan seperti kraftangan dan tekstil boleh didapati di Arab Street

Bagi anda yang meminati barangan dari timur tengah, Arab Street pastinya syurga beli-belah buat anda!

Muzium kamera vintage Singapura


Bagi penggemar barangan vintage terutamanya kamera jangan terlepas peluang untuk ke Vintage Cameras Muzeum Singapura yang terletak di Jalan Keledek, di kawasan kejiranan Arab Street.

Menariknya di sini, ia mempamerkan lebih 1,000 koleksi kamera vintage dari abad ke-19 hingga kini.


Sebahagian daripada koleksi kamera yang terdapat di Vintage Cameras Muzeum Singapura

Selain pameran, di sini juga terdapat pelbagai lukisan 3D khas buat anda yang gemar bergambar!


Antara lukisan 3D yang terdapat di Vintage Cameras Muzeum


Village Hotel Bugis


Village Hotel Bugis

Jika anda sedang mencari penginapan dengan suasana bandar dan berpatutan ketika berada di Singapura, Village Hotel Bugis pilihan terbaik.

Lokasinya yang strategik, berdekatan Arab Street, Lorong Haji Lane, membolehkan pengunjung berjalan kaki selama 5 minit untuk ke sana.

Rekaan dalaman yang trendi dan moden namun masih mengekalkan ciri-ciri sejarah melalui dekorasi yang ada pada setiap bilik pastinya membangkitkan suasana percutian anda di Singapura.

Dekorasi dalaman bertemakan budaya masyarakat sekeliling

Tambah menarik, hotel ini turut menyediakan 'smartphone' dengan wifi percuma di setiap bilik bagi memudahkan pelancong mengakses maklumat dengan mudah, dimana sahaja.

Paling penting, panggilan yang dibuat melalui 'smartphone' terbabit sama ada dalam atau luar negara adalah  percuma!

Village Hotel turut menawarkan beberapa jenis bilik dengan tema berbeza. Bilik di atas (gambar) khusus buat mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil

Harganya juga sangat berpatutan. Hanya RM580/semalam untuk hotel bertaraf 4 bintang!

Village Hotel turut memiliki cawangan lain iaitu Village Hotel Albert Court yang terletak berhampiran kawasan Bugis dan memiliki beberapa jenis bilik yang semestinya sangat selesa!

Alamat: 390 Victoria St, Singapore 188061
Nombor telefon: +65 6297 2828

Tips mudah!

Singapura memiliki sistem pengangkutan awam yang sangat baik!

Anda hanya perlu membiasakan diri dengan peta metro agar anda tidak mengalami sebarang masalah untuk bergerak dari satu bahagian bandar  ke bahagian berikutnya.

Tags / Kata Kunci: Singapura , LiveLikeALocalSG
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

iklan

Iklan