Siapa Kata Hidangan Di Me'nate Mahal? - Cerita | mStar

Siapa Kata Hidangan Di Me'nate Mahal?

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2018 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

BAGI penggemar stik di negara ini, nama Me’nate bukan lagi asing buat mereka yang mendambakan hidangan daging berkualiti premium.

Sebelum Cik Dhia pergi lebih jauh, mungkin ramai yang tidak tahu cara sebenar menyebut nama ‘rumah stik’ ini dengan cara yang betul.

Asalnya, Me’nate diambil daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘Men Ate’ (orang makan), namun apabila ia diperkenalkan di Malaysia, lebih ramai yang selesa memanggilnya ‘meknate’.

Pada mulanya, Cik Dhia takut juga nak jejakkan kaki di restoran Me’nate kerana kata orang, bukan setakat daging yang digunakannya jenis premium, malahan harga hidangannya pun boleh tahan mahal.

Namun rupanya, Cik Dhia silap ya! Sebenarnya, Me’nate yang mula bertapak di negara ini sejak 2011 ada menawarkan menu serendah RM12.90 untuk sepinggan pasta.

Sepinggan pasta di Me'nate ditawarkan pada harga serendah RM12.90 sepinggan.

Bagi menu-menu lain pula, harga yang ditawarkan adalah antara RM16 dan RM80 (bergantung kepada saiz daging yang dipilih).

Harga bagi setiap daging juga berbeza mengikut jenis daging import yang digunakan.

Antaranya adalah ‘black angus’, lembu yang hanya diberi makan bijirin dan lembu yang hanya diberi makan rumput.

Menariknya di Me’nate, Cik Dhia dibenarkan untuk memilih sendiri daging mengikut cita rasa dan bajet serta tiada caj memasak atau hidangan sampingan dikenakan.

Sebelum membuat pesanan, pelanggan boleh memilih sendiri daging yang dikehendaki mengikut bajet masing-masing.

Cik Dhia berkesempatan mencuba sendiri kelazatan stik di salah sebuah cawangan Me’nate yang terletak di Setapak baru-baru ini.

Alang-alang mencuba tu, Cik Dhia pesan tulang rusuk kambing dan lembu serta ’angus striploin’.

Hidangan sebanyak ini sesuai untuk dimakan seramai lima orang dan bernilai lebih kurang RM300.

Daging stik yang dimasak secara ‘medium rare’ ini begitu membangkitkan selera dan jus pada daging yang empuk, benar-benar terasa daging yang digunakan segar dari ladang.

Hidangan sebesar ini boleh dinikmati untuk lima orang.

Ramuan sos lada hitam yang disajikan bersama stik ini pula melengkapi hidangan tengah hari Cik Dhia di Me’nate kerana kuahnya yang pekat, pedas dan beraroma enak.

Difahamkan, Me’nate Steak Hub ini sudah pun menerima anugerah berprestij iaitu Jenama Terbaik Brandlaureatte Dalam Makanan dan Minuman - Rumah Stik 2017-2018 oleh Yayasan Jenama-Jenama Asia Pasifik pada 8 Februari lalu.

Cawangan Me’nate yang lain terletak di Ampang Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

Tidak lama lagi, peminat stik dari seluruh negara berpeluang menikmati hidangan di Me’nate di negeri masing-masing.

Me'nate mempunyai cawangan di Setapak, Ampang Jaya, Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

Ini kerana pemilik rangkaian restoran tersebut, Palace Butcher Resources Sdn Bhd menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya sebuah cawangan Me’nate di setiap negeri bagi pelan jangka panjangnya.

Pengarah urusannya, Syed Ashraff Syed Ali berkata, pihaknya sememangnya bercita-cita tinggi untuk menjadikan Me’nate bukan sahaja rumah stik terbaik di Malaysia, malahan di peringkat dunia.

“Kami memang meletakkan matlamat yang tinggi sejak hari pertama lagi. Bukan mahu jadi yang terbaik di Malaysia sahaja, tapi terbaik di dunia.

“Tanpa servis yang baik, sedap macam mana pun makanan yang dihidangkan, pelanggan akan lupa. Jadi, kami ingin memberikan yang terbaik dan mahu sifar aduan daripada pelanggan,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Me'nate
   

Cari Pakej

Harga (RM) :

Pakej Korea

Harga (RM) :

Pakej Hong Kong

Harga (RM) :

iklan

Pakej Berkaitan

iklan

Iklan